Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Tiada Kategori

Squiggles Gardenia Bawa Senyuman Pada Hari Pertama Persekolahan 2026

Syamimi

Squiggles Gardenia Bawa Senyuman Pada Hari Pertama Persekolahan 2026

Bagi mencipta kenangan manis dan memeriahkan lagi hari pertama persekolahan bagi sesi 2026, Gardenia Bakeries (KL) Sdn.Bhd. melalui jenamanya Gardenia Squiggles tampil mengedarkan lebih 1,300 pek snek enak kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, Selangor.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kembali ke Sekolah Bersama Gardenia Squiggles 2026 yang bertujuan untuk menceriakan suasana hari pertama sekolah khusus buat murid-murid Tahun 1, di samping mengurangkan rasa gementar dan membina semangat positif dalam diri murid untuk memulakan tahun persekolahan yang baharu.

“Suasana hari pertama sekolah selalunya penuh debaran, bukan sahaja bagi murid tetapi juga ibu bapa. Kami di Gardenia ingin menjadi sebahagian daripada detik istimewa ini dengan membawa keriangan dan sentuhan kasih sayang melalui snek Squiggles yang lazat untuk kanak-kanak. Squiggles bukan sekadar snek, tetapi roti roll yang membangkitkan nostalgia dalam setiap gigitan.”

“Dengan dua perisa kegemaran ramai, iaitu Funky Strawberry dan Choco Malto, Squiggles terus membawa keceriaan kepada semua tanpa mengira usia,” kata Puan Ena Suhaila Abas, Pengurus Kanan Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.

“Inisiatif ini adalah cara kami menghargai komuniti sekolah termasuk para guru, ibu bapa dan murid yang sentiasa bersama Gardenia dalam usaha membina generasi yang ceria, aktif dan bertenaga,” tambah beliau lagi.

Program yang berlangsung dari jam 6.30 hingga 10.00 pagi itu turut disambut meriah oleh seluruh warga sekolah. Kehadiran pasukan Gardenia menceriakan suasana di pintu masuk sekolah menerusi pengedaran Gardenia Squiggles kepada murid.

Lebih istimewa, 10 orang murid terawal yang hadir ke sekolah turut menerima hadiah khas sebagai tanda penghargaan dan motivasi untuk terus berdisiplin serta bersemangat memulakan hari persekolahan setiap pagi.

Program ini turut diserikan dengan sesi interaksi ringkas bersama murid menerusi aktiviti kuiz semasa perhimpunan.

Sesi ini bukan sahaja mencetuskan keterujaan dalam kalangan murid, malah secara tidak langsung mendidik mereka tentang pilihan snek yang menyeronokkan dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila murid-murid tampil dengan penuh keyakinan untuk menjawab soalan dan memenangi hadiah.

Gardenia berhasrat untuk meneruskan dan memperluaskan inisiatif seumpama ini ke sekolah-sekolah lain pada masa hadapan sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat dalam menyokong pembelajaran positif serta menyemai motivasi dan kecemerlangan dalam kalangan murid-murid sekolah.