Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Steven Sim Bantu Cukupkan RM100,000 Untuk Rawatan Isteri Uncle Robert

ROBERT
Kredit: Facebook Steven Sim

Kegigihan pemuzik jalanan yang dikenali sebagai Uncle Robert mengumpul dana bagi menampung kos rawatan kanser isterinya mendapat perhatian Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong.

Prihatin dengan usaha berkenaan, Steven berjaya membantu mengumpulkan keseluruhan RM100,000 menerusi penganjuran sebuah konsert mini di Jit Sin Independent High School.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Steven berkata lebih RM46,000 berjaya dikumpulkan daripada orang ramai sebelum beliau menambah baki bagi mencukupkan jumlah berkenaan.

Katanya, beliau mendapat tahu mengenai usaha Uncle Robert mengumpul dana untuk rawatan isterinya ketika berada di China sebelum meminta pasukannya menganjurkan konsert tersebut dalam tempoh hanya empat hari.

“Lebih RM46,000 berjaya dikumpulkan. Selebihnya saya top up,” katanya.

Menurut Steven, Uncle Robert sudah bertahun-tahun membuat persembahan busking di hadapan Gurney, namun tetap gigih bermain muzik demi insan yang dicintainya.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir menyaksikan persembahan Uncle Robert serta menyumbang dalam usaha membantu menampung kos rawatan isterinya,” katanya.

Intipati
  • Steven Sim membantu mencukupkan RM100,000 untuk rawatan kanser isteri Uncle Robert.
  • Lebih RM46,000 dikumpulkan orang ramai menerusi konsert mini di Jit Sin Independent High School.
  • Steven berkata beliau menambah baki dana selepas mengetahui usaha Uncle Robert ketika berada di China.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan