Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
STPM 2024 PNGK
Gambar: Bernama

STPM 2024 Catat PNGK Nasional 2.85, Tertinggi Dalam Sejarah

Iqbal Yasir

STPM 2024 Catat PNGK Nasional 2.85, Tertinggi Dalam Sejarah

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) — Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional 2.85, tertinggi sejak peperiksaan itu dilaksanakan.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata angka itu merupakan peningkatan 0.01 mata daripada 2.84 yang direkod pada tahun sebelumnya.

Selain itu, beliau berkata sebanyak 1,266 calon atau 3.06 peratus meraih PNGK 4.00, iaitu peningkatan 150 calon berbanding 2023.

“Pada 2024, bilangan calon yang mendapat 5A dalam kelima-lima mata pelajaran yang diambil telah meningkat daripada 41 calon dalam peperiksaan STPM 2023 kepada 53 calon,” katanya pada sidang media pengumuman Keputusan STPM 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata bilangan calon yang mendapat 4A juga bertambah kepada 1,228 calon berbanding 1,087 calon pada 2023.

Md Amin berkata sebanyak 42,861 calon telah mendaftar untuk menduduki STPM 2024, namun hanya 41,434 orang yang hadir manakala daripada 41,434 calon itu, 99.97 peratus atau 41,422 calon layak dianugerahkan Sijil STPM 2024.

Beliau berkata kesemua 23 mata pelajaran ditawarkan dalam peperiksaan STPM 2024 mencatatkan peratusan lulus penuh melebihi 60 peratus, iaitu gred C dan ke atas.

BACA: Mudah Je, Ini Cara Isi Minyak Di Petronas Guna TNG eWallet

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 20 pelajar terbaik mengikut kategori terpilih untuk diberikan anugerah berbentuk wang tunai bernilai RM1,000, plak serta sijil yang akan disampaikan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, hari ini.

Kategori berkenaan katanya, melibatkan lapan pelajar terbaik aliran Sains, lapan pelajar terbaik aliran Sains Sosial dan seorang pelajar terbaik bagi kategori Orang Asli.

“Tiga pelajar terbaik bagi kategori calon Berkeperluan Pendidikan Khas, iaitu spastik (seorang), buta (seorang) dan rabun (seorang),” kata Md Amin yang juga Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Selain itu, MPM juga akan memberikan anugerah kepada seorang pelajar terbaik Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) 2024 dan seorang pelajar terbaik Sijil Kecekapan Bahasa Melayu Bagi Warganegara Asing (SKBMW) 2024.

Calon STPM 2024 boleh menyemak keputusan menerusi pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK dan sistem pesanan ringkas (SMS) bermula pada 11.30 pagi ini.

Sumber: BERNAMA