Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
suami isteri kelahiran anak kembar
Gambar: BERNAMA

Suami Isteri Maut Menanti Sembilan Tahun Kelahiran Anak Kembar

Iqbal Yasir

Suami Isteri Maut Menanti Sembilan Tahun Kelahiran Anak Kembar

GUA MUSANG, 2 Jun (Bernama) — Pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Kilometer 43, Jalang Gua Musang – Lojing di sini pagi tadi, teruja dan tidak sabar menanti kelahiran anak kembar selepas sembilan tahun menunggu.

Kakak sulung mangsa, Suhaily Khairudin, 49, berkata usia kandungan arwah adiknya, Suhana Khairudin, 37, kini telah masuk enam bulan dan dijangka bersalin September ini.

Menurutnya, Suhana baru sahaja selesai menjalani prosedur memindahkan air ketuban untuk seorang daripada bayi kembarnya di dalam kandungan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak.

“Dia (Suhana) mendapat kebenaran untuk pulang kira-kira petang semalam, jadi mereka bertolak dari Ipoh dan bercadang menyewa hotel di Cameron Highlands,” katanya kepada pemberita di Unit Forensik Hospital Gua Musang di sini hari ini.

Sementara itu, ibu saudara Suhana iaitu Hakiah Nor, 61, pula berkata mangsa memaklumkan mereka hanya berehat di dalam kereta kerana kesemua hotel di tempat peranginan itu sudah penuh ditempah, sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kota Bharu pagi ini.

“Sebelum itu, saya ada mencadangkan mereka agar ke Kuala Lumpur terlebih dahulu dan menggunakan Lebuhraya Karak, namun mereka menolak dan ingin meneruskan perjalanan melalui Jalan Lojing,” katanya.

BACA: Kemalangan Di Gua Musang: Suami Isteri Maut, Dua Anak Cedera

Dalam kemalangan pukul 9.35 pagi tadi, seorang anggota tentera Ridwan Effendy Yusof, 43, dan isterinya Suhana maut di lokasi kejadian akibat tercampak keluar dari kenderaan, manakala dua anak mereka cedera dan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Ridwan Effendy dalam perjalanan dari arah Ipoh menghala ke Gua Musang sebelum dipercayai hilang kawalan dan terbabas di bahu jalan sebelah kiri lalu merempuh tembok longkang di tepi jalan.

Sumber: BERNAMA