Terkini

Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Gambar sekadar hiasan

Suami Isteri Tak Mengaku Abai Anak OKU Sehingga Meninggal Dunia

Sha Rossa

Kuala Lumpur : Sepasang suami isteri didakwa di dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini, atas pertuduhan mengabaikan anak mereka yang merupakan orang kurang upaya (OKU), hingga menyebabkan kematian, Januari lalu.

Tertuduh, yang merupakan bapa tiri mangsa berusia 34 tahun, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu yang bekerja sebagai penjual kuih didakwa melakukan pengabaian terhadap seorang kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun, mengikut Seksyen 31(1)a Akta Kanak-Kanak 2001 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan di sini, kira-kira 12.30 tengah hari pada 13 Jan 2019.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri memohon mahkamah mengenakan jaminan yang tinggi terhadap tertuduh, kerana perbuatan yang dilakukannya serius, yang mana mangsa telah mengalami pendarahan dalam otak sehingga meninggal dunia.

Peguam Muhammad Razman Sahat yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah, kerana lelaki itu hanya menjual kuih selain penanggung utama keluarga.

“Tertuduh yang baru berkahwin dengan isterinya dua tahun lalu, berhasrat untuk mendermakan buah pinggang kepada isterinya yang mengalami masalah buah pinggang,” katanya dan menambah isteri tertuduh perlu membuat rawatan dialisis tiga kali seminggu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap 1 haribulan dan tidak menganggu saksi-saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Sementara itu, di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohd Khalid, ibu kandung mangsa yang juga penjawat awam berusia 51 tahun, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif tidak menawarkan sebarang jaminan manakala Muhammad Razman memohon anak guamanya itu dikenakan jaminan yang rendah kerana tertuduh yang mempunyai penyakit kencing manis dan masalah buah pinggang, hanya memperoleh gaji bersih RM1, 500 sebulan.

“Suaminya yang hanya bekerja sebagai penjual kuih memperoleh gaji anggaran RM50 hingga RM70 sehari. Walaupun rawatan dialisis yang dilakukan adalah percuma, namun dia perlu menanggung kos ubat-ubatan dan perjalanan sebanyak RM400 seminggu,” katanya.

Emelia Kaswati membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin, yang merupakan anaknya dan penjamin itu bukan penjamin kepada suaminya selain membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi memindahkan kes itu di hadapan hakim Mahyon, untuk dibicarakan bersama.

Difahamkan wanita itu mempunyai lima anak yang sudah bekerja.

Sumber : Bernama