Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Subsidi Bersasar RON95: Segera Periksa MyKad, Ganti Jika Cip Rosak – Saifuddin
Orang ramai diingatkan untuk segera memeriksa dan menggantikan cip kad pengenalan (MyKad) yang rosak, menjelang pelaksanaan subsidi bersasar RON95 yang dijangka pada hujung bulan ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata susbsidi bersasar ini hanya boleh dinikmati selepas pengesahan identiti dibuat menggunakan MyKad ketika pengisian minyak di stesen minyak nanti.
“Alhamdulillah YAB Perdana Menteri bakal tunaikan janji kepada rakyat Malaysia, Insya-Allah hujung bulan ini harga petrol RON95 akan turun ke RM1.99 seliter melalui subsidi bersasar.
“Tetapi ada satu perkara penting rakyat Malaysia kena buat segera iaitu memeriksa MyKad dan pastikan cip MyKad berfungsi dan elok.
“Kalau cip rosak atau tidak boleh dibaca, jangan risau boleh terus ke mana-mana Pejabat atau Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh negara.
“Insya-Allah, siap hari yang sama. Mudah dan cepat,” katanya.
Menurut Saifuddin lagi, orang ramai diingatkan untuk membuat semakan awal dan tidak menunggu sehingga ke saat-saat akhir untuk membuat pertukaran supaya dapat memanfaatkan susbsidi bersasar ini.
“Kerajaan MADANI terus komited untuk membantu rakyat, menjaga kebajikan semua golongan dan makmurkan ekonomi negara dengan penuh integriti dan tanggungjawab,” katanya lagi.
BACA: Insya-Allah, RON95 Akan Turun Ke RM1.99 Seliter Hujung Bulan Ini – Saifuddin
Sumber: Saifuddin Nasution