Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sugarbomb, jenama wangian tempatan Malaysia yang semakin mencipta nama di persada antarabangsa, sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi satu-satunya wakil dari ASEAN dalam pameran antarabangsa Beautyworld Middle East 2025 yang berlangsung pada 27 hingga 29 Oktober di Dubai World Trade Centre.

Ini merupakan tahun kedua berturut-turut Sugarbomb menyertai acara berprestij tersebut, dan tahun ini mereka tampil berani dengan memperkenalkan Sugarbomb Heritage Collection – koleksi eksklusif lima wangian ikonik: Bara Senja, Suci Nurani, Titis Embun, Seloka Malam, dan Gemersik Sutera.

Menariknya, koleksi ini turut mendapat pengiktirafan dan kerjasama dari Givaudan, salah satu pembekal perfume terbesar dunia, sekaligus mengangkat kredibiliti Sugarbomb ke peringkat global. Dalam langkah memperkukuh identiti warisan tempatan, Sugarbomb turut bekerjasama dengan Tinta Sutera, pengilang batik dari Kelantan, dalam mencanting motif batik khas secara eksklusif pada penutup botol setiap perfume – menjadikan setiap botol unik dan tidak akan sama antara satu sama lain.
“Kami bangga membawa warisan Malaysia ke pentas dunia melalui seni batik dan wangian. Ini lebih dari sekadar produk, ia adalah cerita tentang budaya dan inovasi,” kata jurucakap Sugarbomb.


Dengan pencapaian luar biasa ini, Sugarbomb kini telah melebarkan sayap dengan pengedar rasmi di Dubai, Filipina, Singapura, Brunei, Indonesia, United Kingdom, dan India – dan kini menyasarkan pasaran Eropah, termasuk Argentina dan Amerika Utara.
Sugarbomb bukan sekadar jenama, tetapi simbol jenama lokal yang diusahakan oleh anak tempatan yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa dengan kualiti dunia.
Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.sugarbombgroup.com atau boleh ikuti media sosial @sugarbombgroup
