Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Suka Makan Kekacang? Ini Fakta Kalori Yang Mengejutkan
Kini, kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga pemakanan semakin meningkat.
Ramai yang mula memilih makanan yang dianggap lebih sihat demi kesihatan jangka panjang dan kawalan berat badan.
Namun begitu, tidak semua menyedari bahawa sesetengah makanan yang dilabel sebagai pilihan sihat sebenarnya mempunyai kandungan kalori yang agak tinggi.
Justeru, kali ini SK akan kongsikan satu makanan yang ramai sangka sebagai makanan sihat, namun sebenarnya tinggi kalorinya, menurut portal Parade.
Menurut portal Parade, salah satu makanan yang sering tersenarai snek sihat ialah kekacang.
Tidak dinafikan, ia sememangnya sangat bermanfaat untuk tubuh.
“Kekacang merupakan sumber lemak sihat untuk jantung, protein, serat, vitamin dan mineral,” kata seorang pakar diet berdaftar dan ketua pegawai pemakanan di Simple Life App, Ro Huntriss.
Tambahnya lagi, ia boleh menyokong kesihatan jantung, membantu mengawal paras gula dalam darah serta membantu seseorang berasa kenyang lebih lama antara waktu makan.

“Menambah kekacang dalam diet seimbang ialah cara mudah untuk meningkatkan pengambilan nutrien sambil menyokong kesihatan keseluruhan,” jelasnya.
Difahamkan, gabungan kalori, serat, protein dan lemak dalam sesuatu snek mempengaruhi tahap kekenyangan serta kebarangkalian seseorang untuk terus makan lebih banyak.
Apabila snek mempunyai ketumpatan kalori yang tinggi tetapi kurang mengenyangkan, ia boleh menyumbang ratusan kalori tambahan dalam sehari tanpa disedari.
Seperti yang dikongsikan oleh Huntriss dalam portal Parade, terdapat satu snek popular yang walaupun sihat, sebenarnya lebih tinggi kalori daripada yang disangka dan mudah diambil secara berlebihan.
Menurutnya, kekacang mengandungi kalori yang agak tingi.
Difahamkan, setengah cawan kacang gajus mengandungi 712 kalori dan setengah cawan kacang pecan sekitar 700 kalori.
Setengah cawan kacang walnut pula mengandungi 730 kalori, manakala setengah cawan badam pula mengandungi 626 kalori.

Ini bermakna, jika anda sedang berusah menurunkan berat badan, mengekalkan defisit kalori boleh menjadi mencabar sekiranya kekacang dijadikan snek utama.
Namun begitu, ini tidak bermakna kekacang tidak sihat, sebaliknya ia sebenarnya sangat baik untuk kesihatan.
Anda perlu lebih peka terhadap kuantiti yang diambil, terutamanya jika matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan.
Sumber: Parade