Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sukan SEA Thailand: Detik-Detik Penuh Mendebarkan Pecutan ‘Emas’ Aisyah Zubir
Perjalanan Nur Aisyah Mohamad Zubir dalam meraih emas dalam Scratch Wanita di Velodrom Hua Mark, Bangkok, Sukan SEA Thailand sebentar tadi penuh mendebarkan.
Pada awalnya, pelumba berusia 28 tahun itu memulakan aksi di belakang enam pelumba lain dengan tenang, sebelum menanti momen tepat untuk melakukan henjutan.
Menerusi klip yang dikongsikan Astro Arena, menyaksi pelumba wanita negara itu melakukan satu pecutan penuh dramatik sewaktu pusingan terakhir.
Hasilnya, henjutan penuh bertenaga Aisyah berjaya memintas semua lawan sekali gus menjadi pelumba pertama yang melintasi garisan penamat.
Pingat perak menjadi milik atlet Singapura, Valencia Tan, manakala Indonesia meneruskan dominasi podium dengan Ayustina Delia Priatna meraih gangsa.
Kemenangan ini turut menebus kekecewaannya selepas terlepas emas pada dua acara lebuh raya, iaitu kriterium dan individu sebelum ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia tergamam dengan aksi yang dipamerkan pelumba negara itu termasuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan tersebut.
Terdahulu, pelumba trek negara, Ridwan Sahrom berjaya merangkul emas dalam acara keirin petang tadi, selepas mempamerkan aksi perlumbaan penuh dramatik.
Dalam perlumbaan itu, Ridwan berjaya mengecewakan dua harapan tuan rumah termasuk pelumba Thailand berpengalaman, Angsutthasawit Jai.
Selain itu, Fadhil Zonis yang juga rakan senegara juga berjaya melayakkan diri dalam aksi final berkenaan.
Sumber: Astro Arena