Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pesawat Terhempas Ketika Cuba Mendarat Cemas Di Padang Bola, 10 Terkorban
Mexico — Sekurang-kurangnya 10 orang termasuk tiga kanak-kanak maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di tengah Mexico pada Isnin.
Memetik laporan People, jet peribadi itu cuba melakukan pendaratan kecemasan di padang bola sepak di San Mateo Atenco sebelum ia melanggar sebuah gudang dan terbakar.
Kejadian yang berlaku kira-kira 32 batu di barat Bandar Raya Mexico itu menyaksikan pesawat berlepas dari Acapulco dan dalam perjalanan ke Toluca.
Penyelaras Perlindungan Awam Negeri Mexico, Adrian Hernandez mengesahkan kejadian itu telah mengorbankan seramai 10 orang termasuk tiga kanak-kanak bawah umur.
Seorang penduduk tempatan yang menyaksikan nahas itu berkata ia berpusing seperti kipas pecah.

“Kemudian kami terdengar letupan, pesawat itu bergerak dan kemudian kami melihat asap keluar,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Keselamatan Negeri Mexico, Cristobal Castaneda berkata disebabkan gudang itu menyimpan tangki bahan api dan gas, pengosongan bangunan telah dijalankan susulan kejadian itu.
Dalam masa yang sama, Datuk Bandar San Mateo Atenco, Ana Muniz memaklumkan kepada media tempatan bahawa kira-kira 130 orang telah dipindahkan dari kawasan itu.
Gambar-gambar kejadian itu menunjukkan petugas kecemasan berhampiran gudang yang terbakar dengan tingkap yang pecah dan padang bola sepak hangus.

“Sebagai respons terhadap kejadian bencana susulan nahas sebuah pesawat kecil yang terhempas di persimpangan Industria Automotriz dan Miguel Aleman, kami segera ke lokasi kejadian dengan kerjasama anggota bomba Metepec, San Mateo Atenco dan Lightning, serta melaksanakan protokol keselamatan yang ditetapkan.
“Kami terus bekerja secara solidariti dan bersama-sama dengan agensi kecemasan negeri serta pihak berkuasa perbandaran berdekatan bagi memastikan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya dan keselamatan penduduk terjamin,” kata anggota Bomba Perlindungan Awam Toluca, PC Bomberos Toluca.
Sumber: People