Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

SUKMA 2026: Jurulatih Sofbol Terengganu Meninggal Dunia Ketika Bertugas

Jurulatih sofbol Terengganu meninggal dunia
Kredit: Softball Association of Malaysia via Facebook

Seorang jurulatih pasukan sofbol Terengganu, Wan Mohd Shymin Amirul Wan Mohd Sofli, meninggal dunia ketika sedang bertugas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026, hari ini.

Jurulatih sofbol Terengganu meninggal dunia

Allahyarham difahamkan rebah di lokasi sebelum menerima bantuan kecemasan daripada pasukan perubatan. Punca sebenar kematian masih belum diketahui dan menunggu pengesahan lanjut daripada pihak hospital.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, turut mengiringi jenazah Allahyarham di Hospital Kajang pagi tadi sebelum dibawa pulang ke Terengganu.

Pemergian Allahyarham berlaku hanya tiga hari selepas kem Kelantan dikejutkan dengan kematian seorang petugas Sukma dari Majlis Sukan Negeri Kelantan, Syhizad Mohd Zahari, yang menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan menjemput atlet catur di Sabak Bernam.

Pemergian Wan Mohd Shymin merupakan kehilangan besar bukan sahaja buat pasukan sofbol Terengganu, malah seluruh warga sukan negeri itu yang sedang menyertai temasya Sukma Selangor 2026.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebaikannya dan menempatkan rohnya dalam kalangan orang beriman.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini.

Intipati
  • Wan Mohd Shymin Amirul meninggal dunia ketika bertugas pada Sukma Selangor 2026.
  • Allahyarham difahamkan rebah sebelum menerima bantuan kecemasan daripada pasukan perubatan di lokasi.
  • Punca sebenar kematian masih belum diketahui dan menunggu pengesahan lanjut pihak hospital.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan