Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sulong Dipindahkan Ke Taman Negara Terengganu - PERHILITAN

Sulong
Kredit Gambar: Orang Awam

Gajah liar jantan yang tular, Sulong Chalil, telah dipindahkan ke Taman Negara Terengganu melalui pintu masuk Tasik Kenyir pada Rabu.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menerusi satu kenyataan berkata ia merupakan kawasan habitat hutan semula jadi yang sesuai untuk gajah liar.

Pemindahan itu juga bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang lebih selamat dan mengurangkan risiko konflik dengan manusia serta kemalangan jalan raya.

“PERHILITAN menegaskan bahawa kebajikan Sulong serta keselamatan orang awam dan anggota operasi sentiasa menjadi keutamaan.

“Setiap tindakan dilaksanakan berdasarkan penilaian keadaan di lapangan bagi memastikan risiko kepada semua pihak dapat diminimumkan,” katanya.

Dalam kenyataan itu, PERHILITAN juga berkata pihaknya telah memantau rapi pergerakan dan keadaan fizikal Sulong sejak 17 Ogos lalu, termasuk kecederaan yang direkodkan pada kaki kanan.

Jabatan itu turut menjelaskan mengenai tingkah laku gajah itu yang berjalan bersendirian.

“Sebagai gajah jantan dewasa, pergerakan Sulong secara bersendirian merupakan tingkah laku semula jadi dan bukannya penanda bahawa ia terpisah daripada kumpulan atau sedang mencari keluarganya.

“Selepas menilai aspek keselamatan, lokasi dan tahap kesihatan Sulong, operasi menangkap semula telah berjaya dilaksanakan pada 30 Ogos di kawasan JRTB, Gerik, Perak,” katanya.

Proses pemindahan Sulong telah dijalankan oleh PERHILITAN dengan sokongan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada Selasa.

Sulong juga berjaya dipujuk dengan bantuan dua ekor gajah denak iaitu Rambai dan Cheri.

“Sepanjang operasi berlangsung, Sulong sentiasa menerima pemantauan dan rawatan veterinar.

“Kecederaan pada kaki kanannya kini menunjukkan perkembangan positif dan rawatan susulan akan diteruskan mengikut penilaian Pegawai Veterinar.

“PERHILITAN merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat serta orang ramai atas kerjasama dan sokongan yang diberikan,” kata jabatan itu lagi.

Intipati
  • Sulong Chalil dipindahkan ke Taman Negara Terengganu melalui pintu masuk Tasik Kenyir.
  • PERHILITAN berkata kawasan itu sesuai kerana mempunyai habitat hutan semula jadi.
  • Pemindahan bertujuan mengurangkan konflik manusia serta risiko kemalangan jalan raya.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan