Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pemergian Allahyarham Datuk Jamaluddin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Luar nyata memberi kesan mendalam kepada Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah apabila baginda berkenan mencemar duli menziarahi jenazah Allahyarham di Masjid Tengku Ampuan Afzan, semalam.
Keberangkatan tiba baginda kira-kira pukul 2 petang diiringi Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.
Menurut kenyataan Kesultanan Pahang yang dimuat naik di Facebook semalam, baginda dilihat sebak sepanjang ziarah tersebut dan sanggup memendekkan lawatan kerja rasmi selama dua hari di Pulau Tioman kepada hanya sehari bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Baginda bagaimanapun tetap meneruskan program santuni rakyat yang telah dijadualkan.
Terdahulu, Tengku Ampuan Pahang turut berkenan menziarahi jenazah selain menyantuni balu serta anak-anak Allahyarham di masjid berkenaan.
Allahyarham Jamaluddin, 75, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.48 pagi semalam.
Jenazah beliau kemudian selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hutan Setali, Kuantan kira-kira pukul 3 petang.
“Saya kehilangan seorang sahabat,” titah Sultan Pahang, menggambarkan hubungan rapat baginda dengan Allahyarham.