Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri Zahir Dukacita Atas Pemergian Tun Dr Hasmah

PERMAISURI
Kredit: Facebook Selangor Royal Office

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa sedih serta dukacita atas pemergian Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

Baginda berdua turut berkenan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah serta mendoakan mereka dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat sukar berkenaan.

“Baginda turut mengenali adik-beradik Allahyarham, yang dilahirkan di Klang, Selangor, serta turut berdukacita di atas kehilangan ini.

“Duli-Duli Tuanku mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” menurut hantaran di Facebook Selangor Royal Office.

Allahyarhamah Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), pagi ini, pada usia 100 tahun.

Allahyarhamah meninggalkan tujuh orang anak.

Jenazah Allahyarhamah diberikan penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara dan akan dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.

Intipati
  • Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor menzahirkan dukacita atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah.
  • Baginda berdua menyampaikan takziah kepada keluarga Allahyarhamah dan mendoakan mereka diberi ketabahan.
  • Allahyarhamah meninggal dunia di IJN pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan