Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sungai Kembali Dicemari Sampah, Setahun Selepas Dibersihkan Aktivis
Jika mengikuti kumpulan aktivis alam sekitar dari Indonesia, Pandawara, kita dapat melihat banyak sungai di negara terbabit telah dibersihkan oleh mereka.
Tidak kira di ceruk mana dan sekotor apa pun sungai tersebut, mereka tetap membersihkannya demi memastikan persekitaran di negara tersebut tidak terus tercemar.
Bagaimanapun, perkongsian terbaru dari kumpulan itu mendapat perhatian ramai kerana salah satu sungai yang dibersihkan oleh mereka setahun lalu kini kembali 'seperti asal'.
Sungai tersebut sudah tidak kelihatan seperti sungai kerana dipenuhi sampah sarap.
"Tepat pada setahun yang lalu, kami habiskan Rp100,000,000 (sekitar RM23,369) untuk membersihkan sungai ini. Kami kembalikan sungai ini menjadi normal.
"Hari ini, sungai ini kembali kotor. Secara tidak langsung, kami membazir duit Rp100,000,000," kata salah seorang ahli kumpulan tersebut.
Menurutnya lagi, mereka menyangka bahawa pembersihan yang dilakukan pada 2025 itu boleh menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan penjagaan sungai.
"Untuk anda semua yang melihat video ini. Tenang, kami tidak akan ajak anda semua untuk bersihkan dan kita tidak akan tularkan kembali tempat ini, tapi kami mengajak anda semua untuk berfikir menggunakan akal yang Tuhan berikan kepada anda semua," katanya dalam nada kecewa.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut kecewa melihat keadaan sungai terbabit.
"Apa pun usahanya, tanpa kesedaran penduduk, ia akan sama saja," kata seorang netizen.
"Perlu ada peraturan dan tindakan tegas, jika tidak orang ramai akan terus membuang sampah sesuka hati," kata seorang lagi.