Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sunway Lagoon Kesal Insiden Libatkan 10 Pengunjung, Bekerjasama Siasat Punca

SUNWAY
Gambar hiasan. Kredit: Sunway Lagoon

Taman Tema Sunway mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu melibatkan 10 pengunjung.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, pihaknya melahirkan rasa kesal terhadap kejadian berkenaan dan menegaskan keselamatan serta kesejahteraan pengunjung sentiasa menjadi keutamaan.

Menurut Taman Tema Sunway, sejak insiden itu berlaku, fokus utama pihaknya adalah memastikan pengunjung yang terlibat menerima penjagaan serta rawatan perubatan yang diperlukan.

Gambar: Sunway Lagoon Studios

“Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami. Sejak insiden tersebut, tumpuan utama kami adalah terhadap penjagaan dan kesihatan pengunjung yang terlibat.

“Kami telah menyediakan bantuan perubatan yang diperlukan dan terus berhubung rapat dengan pengunjung dan keluarga mereka,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya berkata sedang bekerjasama rapat dengan semua pihak berkuasa berkaitan bagi menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden terbabit.

Jelasnya, Taman Tema Sunway bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa serta semua individu yang terlibat sepanjang proses siasatan dijalankan.

“Kami bersedia meneruskan kerjasama dengan pihak berkuasa dan individu yang terlibat sepanjang proses ini,” katanya.

Taman Tema Sunway turut menegaskan pihaknya memandang serius kejadian tersebut dan kekal komited untuk memastikan semua tarikan serta fasiliti di premis berkenaan memenuhi tahap keselamatan tertinggi.

Sumber:Sunway
Intipati
  • Taman Tema Sunway mengesahkan insiden 22 Ogos di Sunway Lagoon melibatkan 10 pengunjung.
  • Pihaknya berkata bantuan perubatan disediakan dan hubungan dengan pengunjung serta keluarga diteruskan rapat.
  • Syarikat sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk siasatan menyeluruh berhubung punca insiden.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan