Tak tahu nak ke mana hujung minggu ini bersama keluarga? Mahu beriadah namun sudah bosan untuk pergi ke gimnasium? Anda kini sudah tidak perlu pening untuk memikirkan kesemua masalah itu. Ini kerana, SuperPark Malaysia yang terletak di pusat beli-belah Avenue K, Kuala Lumpur bakal menawarkan pengalaman yang unik untuk anda serta seisi keluarga untuk menikmati pelbagai aktiviti yang menarik serta sihat di bawah satu bumbung.
Aktiviti yang ditawarkan SuperPark Malaysia ini boleh dinikmati oleh semua golongan umur serta tidak mengira sejauh mana tahap kecergasan serta kesihatan anda. Taman tema yang berkonsepkan riadah ini telah dibawa khas dari Finland dan mula bertapak di negara itu semenjak daripada tahun 2012.
Dilancarkan di Malaysia pada tahun 2018, Malaysia merupakan negara Asia yang ketiga telah dipilih oleh taman tema yang berasal dari Finland itu untuk dinikmati oleh penduduk di Malaysia. Lokasinya yang terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur itu menjadikannya senang untuk dikunjungi oleh orang ramai.
Sebanyak 25 aktiviti yang menarik ditawarkan oleh SuperPark Malaysia sesuai untuk dinikmati semua lapisan umur. Terdapat tiga bahagian utama dibahagikan mengikut aktiviti yang disediakan iaitu Adventure Area, Game Arena dan Freestyle Arena.
Antara aktiviti yang terdapat di SuperPark Malaysia:
Adventure Area:
Ninja Track

Pedal Car

Flying Fox

Kid’s Adventure City

Kid’s Freestyle Area

Kid’s Gym

Sliding Mountains

Tube Slide

Game Arena:
SuperBall

Robo Keeper

SuperHoop

SuperPinball

Baseball

Hot Stepper

Street Basketball

Super Bowling

Street Soccer Court

Disc Golf

Freestyle Arena:
Augmented Climbing Wall

Skate and Scoot World

iWall

Trampoline

Ice Skating

SuperClimb

Gymnastic Area

Bukan sahaja dapat beriadah dan berseronok, anda juga bakal memenangi hadiah yang bernilai RM 1000 sekiranya anda mendaftar untuk bertanding dalam acara Super Race yang bakal diadakan pada 3 May 2019 ini sehingga 16 June 2019.

Sekiranya berminat, anda boleh mendapatkan informasi yang lebih lanjut dengan mengunjungi laman sesawang www.superpark.com.my, facebook: SuperPark Malaysia atau Instagram: @superparkmy
