Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Surat Tulisan Tangan Buat “Uncle JPJ” Jadi Sorotan

Azizah Najib
surat uncle jpj
Gambar: AI/ImageFX, JPJ/FB

Surat Tulisan Tangan Buat “Uncle JPJ” Jadi Sorotan

Dalam dunia serba pantas hari ini, memiliki lesen memandu bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan.

Lesen ini penting bukan sahaja untuk urusan mencari rezeki, bahkan turut memudahkan pergerakan bagi menuntut ilmu dan menangani hal-hal kecemasan di luar jangkaan.

Namun, di sebalik sekeping lesen itu, wujud satu agensi kerajaan yang memainkan peranan besar dalam penguatkuasaan undang-undang jalan raya, iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Selain memastikan setiap pemegang lesen memahami dan mematuhi peraturan jalan raya, JPJ juga memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi memudahkan rakyat memiliki lesen memandu.

Antaranya ialah program MyLESEN B2, satu usaha yang memberi peluang kepada individu terpilih untuk mendapatkan lesen motosikal secara percuma.

Umum diketahui, proses mendapatkan lesen memandu boleh menelan belanja yang tinggi kerana melibatkan kelas teori dan latihan amali yang berkala.

Justeru, inisiatif MyLESEN ini dilihat sebagai satu langkah meringankan beban, terutamanya golongan B40 dan pelajar.

“Terima kasih, JPJ”

Antara yang menerima manfaat daripada program ini ialah Nurul Amani Zabani, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti, Bukit Mertajam.

Nurul Amani meluahkan rasa terima kasih dan penghargaan terhadap bantuan yang diterimanya menerusi sepucuk surat tulisan tangan yang dikirim kepada Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli.

Kredit: JPJ Malaysia
Kredit: JPJ Malaysia

Menurut JPJ, Nurul Amani bersama ibunya, Asma Aziz, telah berjaya memperoleh lesen motosikal menerusi program MyLESEN B2 semasa Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLESEN B2 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Aedy Fadly bin Ramli, Ketua Pengarah JPJ Malaysia pada 20 Jun lalu.

“Untuk makluman penerima tersebut sebelum ini pernah menyerahkan sepucuk surat kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dalam lawatan rasmi Perdana Menteri ke Pulau Pinang dan menyatakan hasrat ingin menyertai Program MyLesen B2 kerana tidak berkemampuan,” kongsi JPJ.

Untuk info, program MyLesen Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2025 telah membantu seramai 993 penerima yang layak mendapat Lesen Memandu B2.

Para penerima bantuan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal) terdiri daripada pelajar sekolah, penuntut IPT dan golongan belia di Negeri Pulau Pinang.

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

BACA: Dari Detik Hitam Ke Puncak Anugerah: Siti Nur Ahmad Ubah Stesen Petronas Jadi Pusat Sehenti

BACA: Labubu Jadi Fenomena, Lonjak Kekayaan Pengasas Pop Mart