Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Susut 30 Kg Berat Badan, Pembantu Rumah Diseksa Majikan Sejak 2019

Iqbal Yasir
pembantu rumah diseksa majikan
Gambar: AWANI

Susut berat badan lebih 30 kilogram (kg) akibat kekurangan zat makanan, seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa dirinya diseksa oleh majikannya tanpa rasa simpati, lapor AWANI.

Difahamkan, wanita terbabit turut melaporkan bahawa dia pernah disimbah dengan air panas sehingga melecur pada badan sejak mula berkhidmat pada tiga tahun lalu.

Menurut laporan AWANI, mangsa mula berkerja sebagai pembantu rumah sejak 2019 dan beratnya ketika itu adalah 78 kilogram, menurut kenyataan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono.

“Ini bermakna mangsa menderita akibat kekurangan zat makanan akut,” maklumnya sewaktu dihubungi oleh pihak AWANI Isnin lalu.

Lapor AWANI lagi, wanita berusia 46 tahun itu turut mendakwa bahawa majikannya bertindak mengurung dan memantaunya secara ketat.

Malah tidak kurang juga, mangsa juga pernah ditampar dan dicederakan menggunakan kayu pada bahagian muka hingga lebam.

Bagaimanapun, perbuatan tidak berperikemanusiaan itu akhirnya terbongkar selepas mangsa melarikan diri dari rumah ekoran tidak tahan dengan seksaan itu dan mendapatkan bantuan dari orang awam sebelum dibawa ke balai polis sekitar jam 11 pagi Selasa lalu, maklum AWANI.

Sejurus kejadian itu, pada Khamis lalu pihak polis telah memberkas seorang majikan wanita yang berumur 35 tahun.

Ketika disoal mengenai status suami majikan terbabit, difahamkan ia masih lagi dalam siasatan setakat ini.

Menurut AWANI, mangsa yang mengalami trauma ekoran insiden itu kini mendapat perlindungan di sebuah pusat jagaan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia turut diarahkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan untuk menyiasat kes tersebut dengan lebih mendalam selepas mendapat perhatiannya.

Menurut Saravanan, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan untuk melindungi identiti jika didapati melakukan perkara kejam walaupun masih dalam peringkat siasatan.

Sehubungan itu, perintah reman suspek disambung semula bermula Isnin dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, lapor AWANI.

Sumber: AWANI