Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Syarikat AI Kesihatan Malaysia Sasar 2 Juta Pengguna MyMedix Dalam Tempoh Setahun

SYARIKAT

Syarikat AI Kesihatan Malaysia Sasar 2 Juta Pengguna MyMedix Dalam Tempoh Setahun

Startup teknologi kecerdasan buatan (AI) tempatan, Medi Risk Technologies Sdn. Bhd., bersama anak syarikatnya yang juga pengedar sah, My Medi Consultant Sdn. Bhd., menyasarkan seramai 2 juta pengguna aplikasi MyMedix dalam tempoh tahun pertama pelaksanaannya.

Sasaran itu diumumkan selepas syarikat mengadakan business planning selama tiga hari di Jakarta, Indonesia, sebagai sebahagian daripada strategi memperluaskan ekosistem AI kesihatan ke peringkat serantau.

Encik Kumaran Chinan dan Encik Hilal Haizan kedua-duanya merupakan pakar dalam bidang insurans dan takaful dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kepada Medi Risk Technologies Sdn Bhd dan juga My Medi Consultant Sdn Bhd.

Encik Kumaran Chinan memaklumkan sepanjang lawatan di Jakarta, syarikat memberi keutamaan kepada usaha menjalin kerjasama strategik bersama kementerian, agensi kerajaan, hospital, syarikat insurans dan takaful serta koperasi bagi mempercepat penggunaan teknologi AI dalam saringan kesihatan, pengurusan risiko dan pendigitalan perkhidmatan kesihatan.

MyMedix dipercayai bakal menjadi aplikasi kesihatan berasaskan AI yang penggunaannya bakal meluas serata global dan ia bermula di Malaysia. Aplikasi itu membolehkan pengguna menjalankan saringan kesihatan hanya menggunakan kamera telefon pintar selama kira-kira 30 saat, dengan keupayaan menganalisis lebih 40 parameter kesihatan termasuk kadar denyutan jantung, tahap oksigen dalam darah (SpO₂), kadar pernafasan, HRV dan tahap tekanan. 

Menurut syarikat itu, MyMedix turut berpotensi menyokong sektor kesihatan dan industri insurans melalui penyelesaian saringan digital, pemantauan kesihatan, teleperubatan serta penilaian risiko yang dipacu teknologi AI.

Medi Risk Technologies optimis sasaran dua juta pengguna mampu dicapai menerusi pelbagai kerjasama strategik di Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai antara peneraju pembangunan teknologi AI dalam sektor kesihatan di rantau ASEAN.