Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Syarikat Kerajaan, Swasta Tawar Cuti Haid Berbayar Kepada Pekerja Wanita
Karnataka yang menempatkan beberapa syarikat teknologi maklumat (IT) terbesar dunia menjadi negeri pertama di India menawarkan cuti haid berbayar kepada semua wanita yang bekerja secara formal, lapor BBC.
Di bawah dasar baharu itu, wanita berumur 18 hingga 52 tahun yang bekerja di syarikat kerajaan dan swasta boleh mengambil cuti haid tidak terkumpul satu hari cuti setiap bulan.
Difahamkan, tiada sijil perubatan diperlukan untuk menggunakan cuti itu.
Dasar ini merangkumi antara 350,000 hingga 400,000 wanita dalam sektor formal, namun tidak meliputi kumpulan jauh lebih besar dianggarkan seramai enam juta, terdiri daripada pekerja domestik, buruh harian dan pekerja gig dalam sektor tidak formal.
Pakar berpendapat dasar itu seharusnya turut diperluaskan kepada sektor tidak formal.
Namun begitu, dasar cuti haid yang diperkenalkan negeri itu tetap dianggap signifikan kerana merupakan yang pertama merangkumi sektor swasta serta terpakai kepada pekerja tanpa mengira jenis pekerjaan atau bentuk kontrak.
“Ini adalah salah satu dasar paling progresif untuk wanita yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan,” kata Menteri Buruh Karnataka, Santosh Lad.
Negara seperti Sepanyol, Jepun, Korea Selatan dan Indonesia sudah menawarkan cuti haid.
Beberapa negeri di India juga menyediakan cuti haid terhad dengan Bihar dan Odisha memberikan dua hari sebulan kepada pekerja kerajaan.
Sumber: BBC