Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menghantar sendiri kad kahwin kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada Jumaat.
Menerusi perkongsian di Threads, Syed Saddiq berkata pasangan berkenaan merupakan antara tetamu istimewanya.

Dalam pertemuan itu, beliau turut meminta petua perkahwinan daripada Tun Mahathir dan Tun Hasmah.
Baca juga:
“Hantar sendiri kad kahwin kepada Tun M dan Tun Hasmah, special guests paling senior dalam senarai, tapi masih pasangan paling muda di hati.
“Nak masuk alam perkahwinan, mestilah kena minta petua daripada pasangan paling berpengalaman di Malaysia,” ujarnya.

Syed Saddiq dan Bella Astillah dijadualkan bernikah pada 10 Oktober depan.
