Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Syed Saddiq Salur RM115,000 Hasil Kerja Sambilan Untuk Bantu Penduduk Muar

muar
Kredit: Instagram Syed Saddiq

Syed Saddiq Salur RM115,000 Hasil Kerja Sambilan Untuk Bantu Penduduk Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan akan menyalurkan RM115,000 hasil kerja sambilan terbaharunya bagi membantu golongan memerlukan di kawasan Parlimen Muar.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Syed Saddiq berkata, pendapatan yang diperoleh daripada penggambaran itu akan digunakan sepenuhnya untuk membeli 1,000 bakul makanan dan 30 komputer riba.

Menurutnya, bantuan tersebut akan disalurkan kepada penduduk yang memerlukan sebagai sebahagian usaha membantu meringankan beban mereka.

“Saya dapat kerja sambilan penggambaran baharu lagi. Saya akan sumbangkan terus RM115,000 kepada Muar untuk beli 1,000 bakul makanan dan 30 laptop,” katanya.

Dalam hantaran sama, bekas Menteri Belia dan Sukan itu turut berkongsi beberapa barangan yang dibeli hasil dana berkenaan.

Beliau turut berseloroh mengenai rutin hariannya yang padat apabila perlu membahagikan masa antara tugas rasmi sebagai wakil rakyat dan kerja sambilan.

“Dari pagi sampai petang di Parlimen, malam sambung kerja sambilan,” ujarnya.

Perkongsian tersebut sekali lagi menarik perhatian orang ramai, khususnya susulan pendekatan Syed Saddiq yang aktif menggunakan platform media sosial serta kerjasama komersial bagi menjana dana untuk program kebajikan di kawasan Parlimennya.

Sebelum ini, Syed Saddiq turut beberapa kali menjalinkan kerjasama dengan selebriti dan jenama tertentu dalam usaha mengumpul dana bagi membiayai pelbagai inisiatif kemasyarakatan di Muar.