Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Tahniah, Anda Dalam Giliran Haji 2027”, Netizen Kongsi Mula Terima Mesej Dari Tabung Haji

TABUNG HAJI
Tangkap layar hantaran Facebook Uwais Haramain

“Tahniah, Anda Dalam Giliran Haji 2027”, Netizen Kongsi Mula Terima Mesej Dari Tabung Haji

Khabar gembira mula dikongsi bakal jemaah haji apabila ramai pengguna media sosial memaklumkan telah menerima mesej daripada Lembaga Tabung Haji (TH) yang mengesahkan mereka berada dalam giliran menunaikan haji bagi musim 1448H/2027M dan 1449H/2028M.

Menerusi satu hantaran dalam kumpulan Facebook Jemaah Haji Malaysia 1448H/2027M, seorang pengguna yang dikenali sebagai Uwais Haramain berkongsi tangkap layar mesej diterimanya daripada TH.

Menurutnya, mesej tersebut memaklumkan beliau berada dalam giliran haji bagi musim 1448H/2027M serta diminta memastikan simpanan minimum RM15,000 dalam akaun TH bagi melayakkan diri menerima surat tawaran haji.

“Ada yang sudah terima ke?” katanya menerusi hantaran tersebut.

Perkongsian itu segera mengundang pelbagai reaksi apabila ramai pengguna lain turut memaklumkan mereka menerima mesej yang sama.

Tangkap layar berita gembira bakal jemaah haji .

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Huda Hamzah berkata, beliau menerima mesej daripada TH bagi giliran haji musim 1449H/2028M.

“Saya pun dapat mesej macam ini tadi, tapi untuk giliran haji 1449H/2028. Semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik nanti,” ujarnya.

Seorang lagi pengguna, Normah Noordin, berkata beliau dan suaminya turut menerima notifikasi berhubung giliran haji mereka.

“Saya dan suami dapat mesej untuk 1449/2028. TH minta cukupkan RM15,000,” katanya.

Tangkap layar

Dalam pada itu, seorang pengguna dikenali sebagai Cahaya Kecantikan turut berkongsi pengalaman mengenai proses selepas menerima mesej berkenaan.

Menurutnya, bakal jemaah lazimnya akan dipanggil menghadiri Kursus Asas Haji (KAH) sebelum menerima surat tawaran rasmi daripada TH.

“Kalau dah dapat mesej macam ini, insya-Allah bulan depan akan dapat mesej untuk panggilan Kursus Asas Haji dan mungkin hujung September akan dapat surat tawaran. Pengalaman saya sebelum ini, 7 Ogos dapat mesej macam ini, 29 September mesej hadir KAH dan 29 Oktober pula dapat surat tawaran,” katanya.

Terdahulu, Siakap Keli melaporkan TH mengingatkan bakal jemaah haji musim 1448H/2027M dan 1449H/2028M supaya membuat persediaan awal merangkumi aspek kesihatan, kewangan, kemas kini maklumat peribadi serta penguasaan ilmu fardu ain dan ibadah haji.

Menurut TH, bakal jemaah juga perlu memastikan simpanan minimum RM15,000 dalam akaun Tabung Haji sebagai penanda aras kelayakan sebelum surat tawaran rasmi dikeluarkan mengikut giliran dan syarat yang ditetapkan.