Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Masih ramai yang mungkin belum benar-benar menyedari betapa unik dan mempesonanya Malaysia sebagai sebuah destinasi pilihan dunia.
Negara ini bukan sahaja kaya dengan budaya, kepelbagaian kaum serta makanan yang memikat selera. Malah, ia juga terkenal dengan keramahan rakyatnya yang membuatkan sesiapa sahaja berasa dialu-alukan.
Maka tidak hairanlah, semakin ramai pelancong jatuh hati dan mengakui pesona Malaysia hingga terus terpahat dalam ingatan mereka.
Begitu juga yang pengalaman yang dikongsikan pasangan pelancong asing dari Amerika Syarikat (AS).

Menurut Scott dan Maddie, mereka memilih untuk tinggal selama tiga bulan di Kuala Lumpur selepas menghabiskan dua bulan di Bangkok, Thailand.
Pada awalnya mereka mendedahkan tidak melakukan banyak kajian mengenai Malaysia, sebaliknya hanya tertarik untuk datang selepas sering melihat kandungan mengenai Kuala Lumpur di YouTube.
Bagaimanapun, pengalaman berada di ibu negara ternyata berjaya mengubah pandangan mereka terhadap negara ini

Scott berkata, antara kelebihan utama Kuala Lumpur ialah kemudahan bandar, kawasan kediaman yang mesra pejalan kaki serta nilai yang diterima bagi setiap wang dibelanjakan
"Kami membayar kurang daripada separuh untuk hampir semua perkara berbanding di AS, tetapi kualitinya sama baik atau lebih baik.
“Perkara itu benar-benar mengejutkan kami,” katanya.
Sebelum memilih gaya hidup sebagai pengembara digital, pasangan itu pernah membayar sekitar AS$3,000 sebulan bagi sebuah apartmen satu bilik tidur di Florida.
Sebaliknya, mereka kini menyewa sebuah apartmen di Kuala Lumpur dengan harga kurang AS$1,000 sebulan, termasuk bayaran utiliti.
Kediaman itu turut dilengkapi dua gimnasium, dua kolam renang serta menawarkan pemandangan Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur dan Merdeka 118.
Selain kos kehidupan, Maddie turut memuji tahap keselamatan di Kuala Lumpur, terutama bagi golongan wanita.
“Sebagai seorang wanita, saya berasa sangat selamat. Kami melihat wanita berjalan bersendirian atau berkumpulan pada waktu malam.
“Saya juga akan berasa selamat sekiranya datang ke sini sebagai pengembara solo,” katanya.
Pasangan itu turut terkejut dengan tahap kemodenan Malaysia, penggunaan bahasa Inggeris yang meluas serta kepelbagaian budaya dan agama dalam kalangan masyarakat.
Maddie yang merupakan seorang jururawat turut memuji perkhidmatan kesihatan yang diterimanya di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.
Menurutnya, rawatan tersebut profesional, bersih, cekap dan jauh lebih mampu milik berbanding di AS.

Mereka turut menyifatkan makanan Malaysia sebagai antara yang terbaik pernah dinikmati, selain menolak dakwaan bahawa Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar yang membosankan.
“Datanglah dengan fikiran terbuka dan cabar mindset anda mengenai tempat ini.
“Kami sangat bersyukur kerana buat tentang ini kerana Malaysia sebenarnya sangat mengagumkan,” kata mereka
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan