Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tak Perlu Bayar, Ini Cara Dapatkan Gambar PMX & YDPA & Permaisuri Di Pejabat JAPEN Daerah

gambar
Kredit: Jabatan Penerangan Negeri Terengganu

Tak Perlu Bayar, Ini Cara Dapatkan Gambar PMX & YDPA & Permaisuri Di Pejabat JAPEN Daerah

Pernahkah anda perasan, setiap kali menguruskan dokumen di premis kerajaan dan pejabat swasta, pasti terdapat paparan gambar pemimpin utama negara?

Kebiasannya, gambar Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan diletakkan di lokasi yang jelas kelihatan.

Selain itu, anda juga boleh melihatnya di sekolah, dewan masyarakat dan juga tempat-tempat awam yang boleh dilawat.

Namun begitu, kewujudan gambar-gambar ini bukanlah sekadar hiasan semata-mata.

Sebaliknya, ia mencerminkan identiti Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

Dalam masa yang sama, paparan ini juga menjadi simbol penghormatan terhadap institusi diraja serta kepimpinan negara yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan kestabilan negara.

Bukan itu sahaja, gambar pemimpin negara ini turut selari dengan prinsip kedua Rukun Negara Malaysia, iaitu "kesetiaan kepada Raja dan Negara".

Justeru, paparan gambar tersebut secara tidak langsung berfungsi sebagai peringatan kepada masyarakat tentang nilai kesetiaan, hormat serta tanggungjawab sebagai warganegara.

Cara dapat gambar PMX, YDPA & Permaisuri

Dari manakah sebenarnya gambar-gambar rasmi pemimpin negara ini diperoleh?

Adakah ia perlu dibeli, dicetak sendiri atau disediakan oleh pihak tertentu?

Persoalan ini sering menjadi tanda tanya, khususnya bagi mereka yang ingin mematuhi garis panduan paparan di premis masing-masing.

Untuk makluman, gambar rasmi pemimpin negara boleh diperoleh secara percuma melalui Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di seluruh negara.

Baru-baru ini, Jabatan Penerangan Negeri Terengganu di Facebook berkongsi hantaran mengenai cara-cara mendapatkan gambar rasmi pemimpi negara secara percuma.

Difahamkan, orang ramai hanya perlu hadir ke mana-mana pejabat JAPEN atau Pejabat Penerangan Daerah berhampiran untuk mendapatkannya, tertakluk kepada ketersediaan stok semasa.

Inisiatif ini bertujuan memudahkan masyarakat mendapatkan gambar rasmi yang sah dan seragam untuk tujuan paparan.

Antara gambar yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

  • Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri

Sehubungan itu, orang ramai digalakkan untuk mendapatkan gambar rasmi ini bagi memastikan penggunaan gambar yang tepat dan selaras dengan protokol yang ditetapkan.