Terkini

Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Isi Minyak Motosikal
Kredit: Bernama & Setel

Tak Perlu Ke Kaunter, Ini Cara Mudah Isi Minyak Motosikal Guna Aplikasi Setel

Athirah

Tak Perlu Ke Kaunter, Ini Cara Mudah Isi Minyak Motosikal Guna Aplikasi Setel

Aplikasi Setel merupakan aplikasi e-pembayaran bahan api yang diperkenalkan oleh PETRONAS, membolehkan pengguna membuat pembayaran petrol secara langsung melalui telefon pintar tanpa perlu beratur di kaunter.

Dengan aplikasi ini juga, pengguna dapat menikmati pengalaman yang lebih pantas, selesa dan praktikal tanpa perlu meninggalkan kenderaan, malah ia turut memudahkan urusan harian pengguna di stesen minyak PETRONAS.

Aplikasi Setel mempunyai kelebihan seperti pembayaran tanpa tunai dari dalam kenderaan, integrasi mata ganjaran Mesra dan kemudahan menjejak perbelanjaan.

Selain pemandu kenderaan, penunggang motosikal juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk membuat pembayaran petrol di mana-mana stesen minyak PETRONAS.

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan langkah-langkah kepada penunggang motosikal untuk menggunakan aplikasi tersebut di stesen minyak berdekatan anda.

Panduan menggunakan aplikasi untuk penunggang motorsikal

Menurut hantaran Setel di Facebook, letakkan kenderaan anda di pam petrol yang menyediakan perkhidmatan Setel, kemudian matikan enjin.

Seterusnya, lancarkan aplikasi Setel pada telefon bimbit anda. Tanpa perlu turun dari motosikal, aktifkan aplikasi tersebut, pilih nombor pam yang digunakan serta jumlah petrol yang ingin diisi.

Akhir sekali, simpan telefon bimbit anda dan turun dari motosikal untuk mengisi petrol apabila pam sudah sedia.

Sebagai peringatan kepada penunggang motosikal, penggunaan telefon bimbit semasa mengisi petrol adalah dilarang demi keselamatan.

Cara semakan status kelayakan BUDI95 di aplikasi Setel

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah mengumumkan rakyat Malaysia akan menikmati harga baharu RON95 pada RM1.99 seliter dengan hanya menggunakan MyKad di kaunter dan pam, atau menerusi aplikasi stesen minyak termasuk Setel mulai 30 September 2025.

Untuk semakan status kelayakan, anda perlu muat turun aplikasi Setel. Langkah seterusnya klik pada butang ‘Check Eligibility’ untuk menyemak kelayakan anda.

Pastikan akaun anda telah disahkan melalui proses verifikasi. Jika anda layak, baki anda akan dipaparkan dalam aplikasi tersebut.

Kredit: Setel
BACA: Pengarah Animasi Ejen Ali, Andy Abdul Ghani Meninggal Dunia Selepas Dilapor Hilang

Sumber: Setel