Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tak Perlu Keluar Modal, Ini Cara Untuk Hilangkan Masalah Bucu Karpet Terjongket
Sambutan Syawal masih terasa kemeriahannya walaupun sudah hampir dua minggu perayaan itu berlalu.
Pasti juga ramai yang mula mengemas rumah mereka setelah selesai sambutan perayaan tersebut. Simpan segala kelengkapan rumah terutamanya barangan perhiasan rumah yang digunakan semasa musim perayaan.
Bagi mereka yang menggunakan karpet untuk menghias rumah sewaktu sambutan perayaan ini, pasti pernah mempunyai pengalaman hujung bucu karpet yang terlipat.
Perkara itu terjadi kerana ia sering tersepak dan kemudiannya dipijak oleh orang yang lalu lalang.
Bagi kaum ibu, perkara ini pastinya menjadi tidak sedap untuk dipandang mata.
Namun tahukah anda ada jalan penyelesaian kepada perkara ini. Anda hanya perlukan satu bahan sahaja untuk menyelesaikan masalah ini.
Perkongsian tips pada hari ini akan berkongsikan bagaimana cara untuk anda menyelesaikan masalah yang sering berlaku ini.
Bahan utama yang anda perlukan untuk menyelesaikan perkara ini adalah ais batu.


Menerusi perkongsian video di Twitter, bucu karpet yang terlipat boleh diselesaikan dengan meletakkan ais pada sekitar kawasan yang terlipat tersebut.
Setelah meletakkan ais di sekitar kawasan tersebut, anda kemudian harus meletakkan bebanan pada hujung bucu karpet yang terlipat itu.

Biarkan untuk seketika sehingga ais cair, anda nanti akan dapat melihat hasil yang diinginkan dengan jimat dan mudah.
Sekarang anda boleh mengemas rumah dengan tenang tanpa perasaan gelisah melihat kesan lipatan pada karpet kesayangan anda.
BACA: Resepi 50 Tahun Guna Dua Bahan, Ini Proses Buat Cendol Guna Kayu Api
Perkongsian itu sehingga kini telah menerima tontonan melebihi 4.6 juta tontonan daripada pengguna media sosial di Twitter tersebut.
Perkongsian itu juga turut mendapat komen pelbagai daripada pengguna media sosial. Antara komen yang diberikan adalah:
“Saya pernah melakukan perkara ini sewaktu kecil dahulu. Ia telah mengimbau kenangan lama saya,” tulis seorang netizen.
“Anda juga boleh gunakan air. Tapi tips ini juga sangat berguna,” tulis seorang lagi netizen yang berkongsi pendapat.
“Saya pasti akan cuba tips ini di rumah nanti,” tulis seorang lagi.
Diharap perkongsian pada hari ini dapat membantu ramai kaum ibu di luar sana untuk menyelesaikan masalah karpet berlipat mereka.
Sumber: CCTV Idiots via Twitter