Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tak Perlu Korek Lagi, Rupanya Tahi Telinga Keluar Sendiri Secara Semula Jadi
Tanpa sedar, ada beberapa tabiat harian yang kita anggap biasa sebenarnya boleh memberi kesan kepada kesihatan.
Oleh sebab ia dilakukan sejak kecil dan menjadi rutin, ramai yang tidak pernah terfikir bahawa perbuatan tersebut mungkin membawa risiko dalam jangka masa panjang.
Salah satu tabiat yang sering dilakukan ialah korek telinga.
Malah, ada yang melakukannya hampir setiap minggu kerana merasakan ia perlu untuk menjaga kebersihan diri.
Dalam melayan nikmat tersebut, adakah anda tahu bahawa tabiat mengorek telinga dengan tujuan untuk membersihkan ini sebenarnya adalah satu tabiat yang berisiko?
Hari ini, SK ingin kongsikan risiko tabiat korek telinga yang ramai masih belum tahu, menurut Hello Doktor.
Pakar telah menyatakan, anda sebenarnya tidak boleh mengorek telinga anda dengan apa jua jenis pengorek sekalipun.
Tahi telinga yang anda ingin singkirkan tersebut sebenarnya adalah sejenis bahan berlilin yang dipanggil sebagai cerumen.
Ia bukanlah tahi telinga seperti yang anda sangkakan, sebaliknya ia mempunyai fungsi dalam melindungi telinga anda.

Earwax tersebut mempunyai peranan sebagai perangkap habuk dan kotoran supaya kotoran tersebut tidak memasuki lubang telinga anda dengan lebih dalam.
Selain itu, earwax tersebut juga berfungsi melindungi telinga anda daripada sebarang jangkitan dan juga mempunyai ciri antibakteria.
Anda tidak perlu bersusah payah untuk membuang earwax pada telinga anda kerana tubuh anda mempunyai mekanisme semula jadinya untuk mengeluarkan earwax yang sudah lama daripada lubang telinga.
Kunyahan mulut, pergerakan rahang mulut dan pertumbuhan kulit dalam telinga akan menolak keluar earwax secara semula jadi.

Jika anda menggunakan putik kapas untuk mengeluarkannya, ia sebenarnya hanya akan menolak earwax tersebut lebih dalam.
Putik kapas juga akan membuatkan kulit telinga atau gegendang telinga anda menjadi lebih sensitif.
Sebenarnya, kes tahi telinga berkumpul ini adalah jarang berlaku. Menurut American Academy of Otolaryngology – Head and Neck Surgery, hanya 1 daripada setiap 10 orang kanak-kanak atau 1 daripada 20 orang dewasa mempunyai masalah sebegini.

Antara tanda terdapatnya pengumpulan earwax dalam telinga termasuklah:
Sakit atau gatal-gatal
Rasa lubang telinga seperti penuh
Rasa berdesing di dalam telinga
Kurang dengar
Tahi telinga berbau (jika ada jangkitan)
Jika anda mempunyai simptom atau tanda-tanda seperti berikut, sila berjumpa doktor dengan kadar yang segera.
Tuntasnya, tabiat mengorek telinga adalah satu tabiat yang perlu dihentikan dengan segera. Jika tidak, kami risau anda akan mengalami komplikasi yang lebih serius pada masa hadapan.
Jika berlaku sesuatu terhadap gegendang telinga anda akibat daripada mengorek telinga, anda berpotensi akan mengalami kehilangan pendengaran.

Jika menggunakan putik kapas sudah dianggap berbahaya kepada telinga anda, apatah lagi jika anda menggunakan pengorek telinga yang lebih kasar seperti pengorek telinga besi.
Tahi telinga yang anda kenali bukanlah sebenarnya sisa yang patut anda buang. Biarkan sahaja ia di dalam lubang telinga anda kerana ia mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.