Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bukan Sebab Makan Je, Ketahui 4 Jenis Perut Buncit & Maksudnya
Cuba tunduk seketika dan tekan perlahan-lahan bahagian perut anda. Adakah terasa lembik, tegang, atau keras seperti bola?
Ramai yang menganggap perut buncit hanya tanda kegemukan atau akibat terlalu banyak makan, malah sering dikaitkan dengan gaya hidup pasangan yang ‘bahagia’.
Namun, sebenarnya bentuk perut kita boleh memberi petunjuk tentang kesihatan dalaman tubuh, sama seperti panel indikator pada kereta.
Justeru, hari ini SK akan kongsikan jenis-jenis perut buncit yang anda miliki, menurut Public Health Malaysia.
Ciri-ciri: Waktu bangun pagi perut kempis elok je, tapi makin petang dia makin membesar dan tegang.
Rasa penuh dan asyik nak sendawa atau kentut.
Punca: Usus anda sensitif. Boleh jadi sebab alergi susu (lactose intolerance), makan makanan bergas (kobis, kacang), atau makan terlalu laju sampai tertelan angin.
Cara rawat: Kurangkan makanan bergas, kunyah makanan perlahan-lahan, dan ambil probiotik.

Ciri-ciri: Perut buncit melondeh kat bahagian bawah pusat (macam tayar ganti/pouch) walaupun kaki dan tangan anda kurus!
Punca: Anda terlalu stres, kurang tidur, atau ada masalah hormon (macam PCOS bagi wanita). Badan keluarkan hormon kortisol dan kumpul lemak kat perut sebagai langkah 'berjaga-jaga'.
Cara rawat: Tidur kena cukup 7-8 jam! Kurangkan kopi dan cari cara untuk mengawal stres (me-time). Sit-up takkan jalan kalau otak masih stres.

Ciri-ciri: Perut nampak menggeleber. Kadang-kadang jari tangan dan kaki pun rasa bengkak sikit dan ketat bila pakai cincin/kasut.
Punca: Anda kuat makan masin. Kicap, belacan, ikan masin, keropok, mi segera.
Garam (sodium) yang tinggi akan pegang air dalam badan dan tak nak lepaskan.
Cara rawat: Potong makanan masin dan banyakkan minum air kosong. Ya, minum air untuk buang air yang terperangkap!

Ciri-ciri: Perut bulat ke depan dan bila ditekan, ia rasa padat dan keras macam tayar pam penuh.
Punca: Ini jenis paling berbahaya! Lemak bukan di bawah kulit, tapi lemak bersalut pada organ dalaman (hati, usus).
Punca utama ialah gula, air manis, dan alkohol. Tiket VIP ke kencing manis dan sakit jantung.
Cara rawat: Kena potong gula terus, buat intermittent fasting (puasa), dan wajib bersenam (kardio) untuk bakar lemak organ.
