Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kerap Berpeluh, Ini 3 Perkara Penting Perlu Tahu Sebelum Pilih Baju

Azzwin
berpeluh
Kredit: ImageFX

Kerap Berpeluh, Ini 3 Perkara Penting Perlu Tahu Sebelum Pilih Baju

Apabila cuaca panas, antara perkara yang paling kerap buat kita tidak selesa ialah berpeluh berlebihan.

Baru sahaja keluar rumah atau berjalan sedikit, baju sudah mula lembap dan melekat pada badan.

Berpeluh memang tindak balas semula jadi badan untuk menurunkan suhu.

Namun apabila terlalu banyak, ia boleh menjejaskan keselesaan dan keyakinan diri, terutamanya ketika berada di tempat awam atau di tempat kerja.

Justeru, hari ini SK akan kongsikan tiga perkara penting untuk memilih baju yang sesuai ketika cuaca panas.

1. Warna dan rekaan

Menurut portal BBC, ramai orang memilih pakaian berwarna putih ketika cuaca panas kerana warna putih memantulkan cahaya matahari, manakala warna hitam menyerap haba.

Namun, kajian pada tahun 1980 terhadap masyarakat Badwi yang tinggal di kawasan padang pasir di Semenanjung Arab, Asia Barat dan Afrika Utara mendapati pendedahan haba adalah sama, tidak kira mereka memakai jubah hitam atau putih.

Kredit: ImageFX

Difahamkan, rahsianya ialah pada potongan pakaian yang longgar.

Pakaian hitam yang longgar memanaskan ruang di antara kain dan kulit, lalu mewujudkan aliran udara ke atas seperti cerobong yang membantu menyejukkan badan.

2. Jenis kain

Portal BBC turut menjelaskan bahawa fabrik tenunan ringan seperti kapas dan sutera biasanya lebih sesuai kerana ia tergantung longgar pada badan berbanding kain jenis rajutan.

Dalam cuaca kering, peluh lebih mudah tersejat, tetapi dalam cuaca panas dan lembap, udara sudah tepu dengan wap air lalu menyebabkan peluh sukar untuk tersejat.

Menurut pakar fizik Rhett Allain, fabrik yang baik ialah bahan yang membenarkan wap air keluar supaya proses penyejatan peluh tidak terhalang.

Selain itu, kapas pula kurang berkesan dalam keadaan lembap kerana ia menyerap air tetapi lambat kering.

Kredit: ImageFX

Secara umum, kain seperti kapas tanpa salutan, linen, nilon dan poliester dianggap agak bernafas kerana membenarkan haba dan peluh keluar.

Difahamkan, kapas dan linen memang selesa dipakai, tetapi kedua-duanya lambat kering jika terlalu basah.

Nilon dan poliester pula banyak digunakan dalam pakaian sukan kerana ia cepat kering dan mampu menarik peluh keluar, tetapi ia mudah menyimpan bau.

Ada juga kajian mencadangkan pakaian daripada gentian buluh kerana ia kurang mengalirkan haba dan lebih selesa ketika panas.

3. Inovasi fabrik moden

Menurut portal BBC, syarikat sukan seperti Nike dan Adidas melaburkan jutaan ringgit untuk menghasilkan fabrik pintar.

Penyelidik di Massachusetts Institute of Technology mendapati bahan terbaik ialah yang tidak telus kepada cahaya biasa tetapi telus kepada sinaran inframerah.

Kredit: ImageFX

Difahamkan, ini membolehkan haba badan keluar tanpa memerangkapnya di bawah pakaian.

Saintis di University of Maryland pula membangunkan gentian sintetik yang boleh berubah struktur mengikut suhu.

Apabila suhu meningkat, ruang antara gentian menjadi lebih besar supaya haba mudah keluar.

Sumber:BBC