Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sememangnya bukan mudah untuk seseorang menurunkan berat badan, mana taknya kalau sentiasa ada dugaan dan cabaran untuk memberi fokus kan? Bukan itu sahaja, persediaan untuk ‘melepasi’ zon gaya hidup tidak sihat itu sagatlah berat.
Namun, jika seseorang itu mempunyai iltizam dan semangat yang tinggi untuk turunkan berat badan, pasti ianya akan berjalan lancar. Bagi yang tengah buntu cari menu diet yang sesuai, SK hari ini ingin kongsikan beberapa menu daripada pengguna Facebook yang bernama June Ed.
Wanita ini berjaya turunkan berat badan sebanyak 6 kg dengan hanya mengamalkan diet suku-suku separuh mengikut bilangan pengambilan kalori yang sebenar.
Hampir 30hari saya amal DSSS. Bagi kawan-kawan yang tercari menu untuk start, ni saya kongsi sedikit menu saya.
By the way, dalam diet saya, saya tak pernah tinggal nasi, cuma saya selang sehari baru makan nasi. Saya maintain minum air putih 2L dan kurangkan minum manis. Bukan cut off terus gula.
Katanya semasa dihubungi, dia mengamalkan diet ini sepanjang 30 hari serta membuat aktiviti senama ringan yang boelh dilakukan dirumah sahaja.
Saya start berat 66.7kg, sekarang berat dah 61kg. Menu ni untuk kiraan 1200 kalori. Box lunch saya beli kat kedai Eco yang 1000ml jadi tak besar sangat.
Ini antara menu menarik yang dikongsikan untuk semua.



Ini antara sukatan kalori dalam pemakanan harian June Ed.
Breakfast 100 kalori
Lunch 500 kalori
Tea break 100 kalori
Dinner 500 kalori













Betulkan nak diet tak semestinya masak makanan mahal-mahal. Apa yang ada dalam peti ais saya balon je janji cukup dengan kalori yang ditetapkan. Moga saya dan rakan-rakan seperjuangan terus fokus.
Sumber: June Ed