Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Tak Sama Rupanya! Ini Beza OLED, QLED dan LED
Gambar AI
Tiada Kategori

Tak Sama Rupanya! Ini Beza OLED, QLED dan LED

suhaila

Tak Sama Rupanya! Ini Beza OLED, QLED dan LED Yang Ramai Masih Keliru

Setiap kali ingin membeli televisyen baharu, ramai yang keliru dengan istilah paparan yang sering disebut-sebut di kedai elektronik iaitu LED, QLED dan OLED.

Sekilas pandang, nama-nama ini kedengaran hampir sama namun hakikatnya setiap satu membawa teknologi yang berbeza dan menawarkan pengalaman tontonan yang tidak sama.

Ada yang lebih terang dan sesuai digunakan di ruang tamu yang cerah, ada yang lebih kaya warnanya sehingga menjadikan setiap tontonan tampak lebih hidup malah ada pula yang benar-benar menampilkan kualiti visual seakan berada di panggung wayang.

Tidak hairanlah ramai pembeli akhirnya rambang mata kerana sukar untuk menentukan pilihan yang paling sesuai dengan bajet dan gaya hidup mereka.

Kali ini, kami akan kongsikan dengan lebih terperinci mengenai beza OLED, QLED dan LED termasuk bagaimana setiap teknologi ini berfungsi serta kelebihan dan kekurangannya.

Paling penting, kami juga akan membantu anda menentukan televisyen mana sebenarnya yang paling sesuai dipilih mengikut cara anda menonton.

Sama ada anda seorang kaki Netflix, peminat tegar bola sepak atau sekadar mencari TV asas untuk tontonan keluarga harian. Panduan ini akan membantu anda membuat keputusan yang lebih yakin sebelum berbelanja.

1. LED TV – Pilihan asas yang mesra poket

LED TV boleh dianggap sebagai pilihan paling asas dan paling banyak ditemui di pasaran. Ia sebenarnya merupakan evolusi daripada teknologi LCD lama cuma dengan penggunaan lampu LED sebagai sumber cahaya latar.

Kelebihannya, televisyen LED hadir dengan harga yang lebih berpatutan, lebih nipis, ringan dan juga lebih jimat tenaga.

Namun begitu, ada kekurangan dari segi kualiti paparan kerana warna hitam pada LED tidak begitu pekat malah kadang-kadang kelihatan sedikit kelabu kerana cahaya latar belakang bocor.

Walaupun begitu, ia tetap cukup untuk kegunaan harian seperti menonton siaran TV biasa, drama kegemaran atau bermain konsol ringan. Jika bajet menjadi keutamaan, LED adalah pilihan paling praktikal.

2. QLED TV – Warna lebih menarik dan kecerahan yang lebih hebat

Bagi mereka yang inginkan sesuatu yang lebih baik daripada LED, QLED hadir sebagai pilihan pertengahan.

Diperkenalkan dan dipopularkan oleh Samsung, teknologi QLED menggunakan lapisan quantum dot yang berfungsi menghasilkan warna lebih tepat, lebih kaya serta kecerahan yang lebih tinggi.

Hasilnya, paparan kelihatan lebih hidup dengan warna-warna yang menyerlah dan menjadikannya sangat sesuai untuk tontonan sukan, rancangan hiburan mahupun filem aksi yang penuh pergerakan.

QLED juga sangat menyerlah apabila diletakkan di ruang tamu yang terang kerana ia mampu mengekalkan kecerahan tanpa menjejaskan visual.

Cuma, kerana ia masih menggunakan lampu latar, warna hitamnya tidak akan setanding dengan OLED. Namun, bagi mereka yang mahukan keseimbangan antara harga, kualiti dan kesesuaian ruang, QLED adalah calon terbaik.

BACA : Rare Tapi Menjadi, Ini 7 Cara Halau Lipas Dalam Kereta

3. OLED TV – Hitam sempurna dan visual yang premium

OLED pula berdiri di tahap paling premium dalam dunia televisyen masa kini. Berbeza dengan LED dan QLED, setiap piksel pada skrin OLED boleh menyala dan padam sendiri tanpa memerlukan cahaya latar.

Inilah sebabnya OLED mampu menampilkan warna hitam yang betul-betul gelap, kontras yang sangat tinggi serta visual yang lebih mendalam dan realistik.

Tambahan pula, sudut tontonan yang luas membolehkan anda menikmati paparan berkualiti sama walaupun menonton dari sisi.

Tidak hairanlah ramai pencinta filem dan drama menjadikan OLED sebagai pilihan utama untuk pengalaman sinematik di rumah.

Walaupun harganya lebih tinggi, kualiti paparan yang ditawarkan benar-benar sepadan. Kekurangannya, tahap kecerahan OLED tidak setinggi QLED. Ini menjadikannya lebih sesuai digunakan dalam ruang menonton yang agak malap atau gelap.

Jadi, Mana Satu Paling Sesuai untuk Anda?

Akhirnya, pilihan kembali kepada gaya hidup, bajet dan ruang tontonan anda. Jika anda mencari televisyen asas yang mesra poket untuk kegunaan biasa, LED sudah cukup memadai.

Jika anda mahukan visual yang terang benderang dengan warna hidup, QLED lebih sesuai untuk ruang tamu yang sentiasa cerah.

Namun, jika anda seorang pencinta filem sejati yang inginkan pengalaman premium dengan kualiti gambar setanding pawagam, OLED adalah jawapan terbaik.

Apa pun pilihan anda, ingatlah bahawa televisyen bukan sekadar alat hiburan, tetapi juga pelaburan jangka panjang untuk pengalaman tontonan seisi keluarga. Jadi, pastikan anda memilih dengan bijak mengikut keperluan dan gaya hidup sendiri.

Pilih Ikut Cara Anda Menonton

  • Kalau anda jenis suka Netflix atau drama bersiri waktu malam dalam suasana gelap, pilihlah OLED untuk pengalaman sinematik yang mengasyikkan.

  • Kalau anda peminat tegar bola sepak atau rancangan sukan yang selalu ditonton siang hari dengan cahaya terang, QLED adalah pilihan lebih praktikal.

  • Kalau anda hanya perlukan TV untuk tontonan harian seisi keluarga tanpa mahu berbelanja besar, LED sudah lebih daripada mencukupi.

Akhir sekali, tiada jawapan yang betul atau salah. Semuanya bergantung kepada apa yang anda perlukan dan apa yang paling sesuai dengan gaya hidup anda.

Pilihlah televisyen yang membuatkan setiap saat menonton menjadi lebih seronok dan berbaloi.

Sumber : samsung, techradar

BACA : Dah Wangi Tapi Masih Berbau? Ini 7 Musuh Senyap Bau Badan