Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
lelaki roboh rumah
Sumber: TRIBUN NEWS BOGOR

Tak Sanggup Rumah Dibina Jatuh Ke Tangan Bekas Isteri, Lelaki Nekad Roboh Rumah Mewahnya

Nurul Nazihah

Tak Sanggup Rumah Dibina Jatuh Ke Tangan Bekas Isteri, Lelaki Nekad Roboh Rumah Mewahnya

Kerana tidak sanggup melihat rumah mewah yang dibinanya jatuh ke tangan bekas isterinya, tindak seorang lelaki menggunakan jentolak merobohkan sebuah rumah mewah di Indonesia menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Difahamkan, rumah berkenaan dibina lelaki berkenaan bersama ayahnya dengan kos melebih RM 147,000, tetapi ia dibina di atas tanah milik bekas isterinya. Rumah berkenaan mula dibina sejak 2018 secara beransur-ansur dan baru sahaja didiami tidak sampai setahun.

Tindakan itu diambil selepas mereka bercerai dan lelaki berkenaan tidak rela melepaskan haknya ke atas rumah tersebut. Ia susulan bekas isterinya meminta rumah tersebut diserahkan kepadanya selepas mereka bercerai kerana merasakan dirinya mempunyai hak kerana dibina di atas tanah yang dimilikinya.

Menurut laporan Tribun News, tindakan itu juga mungkin berpunca daripada krisis rumah tangga yang pernah dilalui pasangan tersebut ketika masih bergelar suami isteri. Menurut penduduk kampung, lelaki berkenaan pernah dihalau oleh isterinya keluar dari rumah tersebut sebelum ini selepas berlaku perselisihan faham.

Sebelum dirobohkan, ahli keluarga dari kedua-dua belah pihak telah menyarankan kedua-duanya untuk mewariskan hak penjagaan rumah itu kepada anak-anak mereka. Namun, cadangan tersebut ditolak mentah-mentah oleh lelaki berkenaan yang berkeras mahu merobohkan rumah berkenaan.

Salah seorang ahli keluarga lelaki berkenaan mengaku rumah tersebut dibina dengan bantuan kewangan daripada ayah kepada lelaki tersebut.

Setelah mendengar penjelasan itu, bekas isteri bersama-sama ibu bapanya turut pasrah dengan keputusan yang dibuat oleh lelaki berkenaan. Mereka terpaksa akur selepas tindakan perobohan itu telahpun mencapai persetujuan bersama antara kedua-dua belah pihak.

BACA: Mujur Sempat Elak, Detik Cemas Pesawat Penumpang Hampir Berlanggar Dengan Belon Udara

Sumber: Tribun News