Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin itu petanda untuk kita sebagai khalifah di dunia untuk lebih baik daripada sebelumnya. Tambahan lagi sebagai ibu bapa, kita mesti peka dengan telatah anak-anak.
Acap kali kita berhadapan dengan kejadian di mana anak-anak kecil terjatuh dari katil, sofa mahupun kerusi ketika mereka sedang membesar. Lebih membimbangkan ada juga situasi yang mungkin berisiko bahaya yang lebih akan mencederakan bayi tersebut.
Apa yang diceritakan oleh seorang wanita di laman Twitternya mengenai keadaan kesihatan seorang bayi perempuan yang dipercayai anak saudaranya mengalami mata lebam dan membengkak sehingga menjejaskan kesihatan bayi tersebut.
Difahamkan daripada ibunya ketika dihubungi, anak kecil yang berusia 1 tahun itu terjatuh secara perlahan dan matanya terhantuk pada bucu tangga.
Kata ibunya lagi, lepas seminggu kejadian, mata anaknya membengkak dan keadaan seperti tertutup di mana anak mata ke dalam. Bila sedari keadaan itu, terus bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Jelas ibu bayi ini, walaupun keadaan tangga tersebut tidak membahayakan dan sudah ada penghadang, sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa berhati-hati dan peka dengan tindakan anak-anak di rumah.
Tambahnya lagi, selepas seminggu ditahan dalam wad, adik Zahra dibenarkan keluar hospital dan bagaimanapun masih perlu pantau keadaan matanya.
Mata dia belum pulih sepenuhnya tapi getting better selama seminggu tak dengar dia gelak macamni, my heart moga Allah berikan kesembuhan buat Nur Zahra.
Pesanan untuk ibu bapa, sentiasalah pantau keadaan anak anda, jangan biarkan perkara seperti ini berulang. Kisah ini dijadikan teladan untuk ibu bapa di luar sana.
Sumber: Syuhailarahmat