Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Tak Sangka, Mat Saleh Dedah Sebab Malaysia Jadi Tempat Terbaik Belajar Bahasa Inggeris

Athirah
Belajar Bahasa Inggeris
Kredit: @alexey.brock

Tak Sangka, Mat Saleh Dedah Sebab Malaysia Jadi Tempat Terbaik Belajar Bahasa Inggeris

Malaysia merupakan antara destinasi pilihan utama pelancong dari seluruh dunia untuk menikmati keindahan alam semula jadinya yang memukau.

Segelintir rakyat Malaysia mampu bertutur dalam beberapa bahasa, menjadikan komunikasi antara pelbagai kaum dan bangsa di negara ini sesuatu yang unik dan menarik.

Bukan itu sahaja, negara ini turut menjadi tumpuan para pelajar dari luar negara untuk menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi tempatan.

Menariknya, walaupun bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan, ramai tidak menyangka bahawa Malaysia sebenarnya turut diiktiraf sebagai antara tempat terbaik untuk mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris.

“Tak perlu pergi ke Amerika Syarikat atau England”

Baru-baru ini, satu perkongsian di media sosial menarik perhatian ramai apabila seorang pempengaruh ‘Mat Saleh’ mendedahkan Malaysia adalah tempat terbaik untuk menajamkan penguasaan bahasa Inggeris.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @alexey.brock di TikTok, beliau berkongsi pengalamannya berada di negara ini dan menyatakan bahawa suasana di mana ramai rakyat tempatan turut berusaha mempelajari bahasa Inggeris.

Ia sekaligus menjadikan Malaysia tempat yang sesuai untuk menguasai bahasa tersebut.

“Jika nak belajar bahasa Inggeris, tak perlu ke Amerika Syarikat atau England, sebaliknya ke Malaysia. Kenapa? Di sini, semua orang bersama-sama mempelajarinya

“Anda akan dapat satu kuasa iaitu memahami semua dialek di dunia ini. Ada Melayu, Cina, India, Itali, Perancis, Afrika, Korea Selatan dan Jepun,” katanya.

Bahasa Inggeris di Malaysia banyak dipengaruhi oleh kepelbagaian budaya

Lelaki ini turut memaklumkan sebagai individu yang mempelajari bahasa Inggeris di Malaysia, beliau berpeluang belajar daripada pelbagai kaum termasuk Cina, Melayu, India dan lain-lain.

Menurut @alexey.brock lagi, bahasa Inggeris yang dipelajari di Malaysia banyak dipengaruhi oleh kepelbagaian budaya.

Jadi, ia akan membantu orang untuk lebih mudah memahami kita apabila bercakap dalam bahasa Inggeris.

“Anda akan memahami orang lain dengan lebih mudah sebab sudah biasa mendengar pelbagai jenis dialek di sini

“Dengan itu, orang lain dari seluruh dunia juga akan mudah memahami kita,” jelasnya.

BACA: Ini Senarai Pekerjaan Paling Laku & Berkurang Menjelang 2030, No. 5 Paling Mengejutkan
BACA: Ramai Terlepas Pandang, Mekanik Dedah Masa Sesuai Tukar “Absorber” Kereta

Sumber: @alexey.brock via TikTok