Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ini Senarai Pekerjaan Paling Laku & Berkurang Menjelang 2030, No. 5 Paling Mengejutkan

Athirah
Kredit: Image FX

Ini Senarai Pekerjaan Paling Laku & Berkurang Menjelang 2030, No. 5 Paling Mengejutkan

Setiap tahun, isu pengangguran dalam kalangan graduan terus menjadi perbualan yang tidak pernah surut.

Walaupun ramai dalam kalangan mereka berusaha mencari pekerjaan sementara sebagai langkah awal menimba pengalaman, hakikatnya usaha itu belum cukup untuk menjamin kestabilan ekonomi jangka panjang.

Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan keupayaan golongan muda untuk meningkatkan taraf hidup, malah turut menghalang mereka daripada membina asas kewangan kukuh bagi masa depan.

Dalam masa sama, ia termasuk memiliki simpanan yang mencukupi untuk hari tua.

Senarai pekerjaan paling laku & berkurang menjelang 2030

Kira-kira 170 juta pekerjaan baharu dijangka akan diwujudkan oleh trend makro global sepanjang dekad ini.

Jumlah pekerjaan baharu yang diwujudkan itu bersamaan dengan 14 peratus daripada jumlah pekerjaan sedia ada pada hari ini.

Sebanyak 92 juta pekerjaan dijangka akan digantikan oleh trend-trend yang sama. Ini bermakna akan berlaku peningkatan bersih kira-kira 78 juta pekerjaan baharu.

Satu kaji selidik telah dijalankan oleh World Economic Forum (WEF) yang melibatkan 1,000 syarikat seluruh dunia merangkumi 22 kluster industri.

Difahamkan. kaji selidik ini mendedahkan satu senarai pekerjaan paling laku dan berkurang di pasaran pekerjaan menjelang 2030.

WEF melaporkan dengan menggabungkan anggaran daripada syarikat yang ditinjau bersama data pekerjaan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), terdapat lima profesion yang dijangka mengalami pertumbuhan dan kemerosotan bersih terbesar.

Antara pekerjaan yang dijangka mencatat pertumbuhan tertinggi berdasarkan laporan tersebut ialah:

  • Pekerja ladang, buruh dan pekerja pertanian lain

  • Pemandu lori ringan atau perkhidmatan penghantaran

  • Pembangun perisian dan aplikasi

  • Pekerja pembinaan (kerangka, kemasan dan bidang berkaitan)

  • Jurujual kedai (shop salespersons)

Menurut WEF, beberapa profesion tradisional dijangka bakal menyusut secara ketara dalam dekad akan datang akibat automasi, digitalisasi dan perubahan corak kerja global.

Berikut adalah senarai antara pekerjaan dengan kemerosotan tertinggi:

  • Juruwang dan kerani tiket

  • Pembantu pentadbiran dan setiausaha eksekutif

  • Penjaga bangunan, pembersih dan pengemas rumah

  • Kerani penyimpanan rekod bahan dan stok

  • Pekerja percetakan dan bidang berkaitan

Beberapa jenis pekerjaan kini berkembang pesat dari segi peratusan, permintaan terhadap peranan yang didorong oleh kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) meningkat dengan cepat.

Antara pekerjaan tersebut termasuklah pakar data besar (big data specialists), jurutera fintech, serta pakar AI dan pembelajaran mesin (machine learning specialists).

BACA: Pemandu Jentolak Temui Penemuan Misteri Di Luar Pangkalan Tentera Laut

Sumber: World Economic Forum (WEF)