Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Ramai Terlepas Pandang, Mekanik Dedah Masa Sesuai Tukar “Absorber” Kereta
Penyerap hentak atau ‘absorber’ merupakan kompenen penting dalam sistem suspension kereta yang berfungsi menyerap hentaman dan mengawal pergerakan spring.
Sekiranya absorber rosak, longgar atau tersekat, tayar tidak mampu menyentuh permukaan jalan dengan betul.
Hal ini akan menyebabkan kereta akan ‘terlebih’ melantun dan pemandu serta penumpang berasa tidak selesa ketika berada di dalam kenderaan.
Menggantikan absorber adalah satu-satunya pilihan yang ada apabila komponen tersebut menunjukkan tanda-tanda kerosakan atau haus kerana sudah terlalu lama digunapakai atau hayatnya sudah berakhir.
Baru-baru ini, seorang mekanik berpengalaman Muhammad SE berkongsi adakah absorber perlu diganti sebaik rosak atau ada tempoh tertentu yang perlu diperhatikan.
Jom ikuti perkongsian beliau di bawah.
Absorber ni kena tukar bila kong atau ada tempoh masa tertentu?
Soalan ni selalu aku dapat.
Dan ramai sangka absorber hanya perlu tukar bila sudah bocor atau bunyi teruk.
Padahal, absorber ni pun ada jangka hayat, sama macam komponen wear & tear lain.
Biasanya, absorber boleh tahan sekitar 60,000–100,000 km, bergantung pada cara pemanduan dan keadaan jalan.
Kalau selalu bawa di jalan tidak rata, berlubang, atau suka brek mengejut absorber akan kerja lebih keras dan haus lebih cepat.
Masalahnya, ramai tidak perasan tanda awal absorber sudah lemah.
Bila kau lalu bonggol rasa melantun dua tiga kali, atau kereta rasa macam “hanyut” bila selekoh itu petanda absorber sudah hilang tekanan minyak dalamnya.
Kalau dibiarkan, bukan sekadar rasa tidak selesa.
Tayar boleh haus tidak sekata, lower arm cepat longgar dan mounting pun boleh pecah sebab asyik kena hentakan kuat.
Itu sebab kawan selalu cakap jangan tunggu kong baru ganti, nanti poket pun ikut kong. Kalau kereta kau sudah lebih 5 tahun atau mileage lebih 80,000 km ke atas, baik buat pemeriksaan absorber.
Kadang luaran nampak bagus lagi tetapi prestasi dalam sudah lemah.