Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Memandu dalam jarak yang jauh sudah pasti akan membuatkan pemandu, malah penumpang juga akan keletihan kerana berada di dalam kenderaan dalam masa yang agak lama. Seperti contoh perjalanan min dari Kuala Lumpur menuju ke Kuala Terengganu, pada awalnya min memang dah jangka yang akan penat, lenguh, mengantuk dan segalanya ketika memandu. Namun perkara tersebut tidak berlaku kerana perjalanan kali ini lebih tenang, mungkin sebab kali ni min pandu Proton X90 Premium untuk meredah Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang panjang lebar itu. Lagi best, orang sebelah tawar nak tukar pemandu pun min taknak sebab tengah seronok layan lebuhraya yang panjang ni. Jarang-jarang berlaku kan.
Tapi nak pelik sangat pun tak boleh kan sebab min memandu Proton X90 Premium.

Bila nak cakap tentang selesa, pertamanya mestilah akan bercakap tentang tempat duduk kan. Macam Proton X90 Premium ni dah dilengkapi ‘leather seat’ yang buatkan pemandu, dan segala penumpang rasa sangat selesa. ‘Pilot seat’ untuk pemandu memang bagi tekstur badan berada dalam keadaan selesa, supaya tidak lenguh ketika memandu jauh. Dengan kawalan kerusi automatik di sebelah bawah kanan, memang memudahkan pemandu nak ubah kedudukan penyandar dan kerusi untuk keselesaan maksima.
Bagi yang duduk belakang pula, memang sampai tak bercakap langsung lah sebab belum masuk sampai Gombak lagi dah tertidur. Bangun pun bila dah keluar tol Kuala Terengganu siap boleh cakap ‘kejapnya, tak sempat nak berhenti RnR beli buah potong’. Tambah mereka lagi yang berada di belakang, selesa sangat tidur sebab tempat duduk tak terlalu tegak dan pendingin hawa ada di setiap baris. Anak dalam ‘carseat’ pun betul-betul bagi kerjasama pada perjalanan kali ini, sama macam ibu-ibu mereka yang tak bangun sepanjang perjalanan.

Nasib baik lah kenderaan ini jenis MPV di mana ada tiga baris tempat duduk di mana min boleh letak dua ‘car seat’ dalam satu kereta. Mulanya nak letak pada kedudukan zigzag, tapi disebabkan nak mudahkan si ibu untuk masuk ke baris yang paling belakang, min ‘decide’ untuk letak bahagian sebelah saja.

Disebabkan min dah cuba dan tiada masalah, min memang cadangkan untuk korang yang ada anak ramai untuk cuba kereta Proton X90 ni. Memang sesuai untuk keluarga besar demi keselesaan.
Bila memandu kereta canggih ni, rugilah kalau tak guna ciri canggih yang dah tersedia dalam kenderaan itu kan. Macam yang min buat, elok masuk je LPT, terus on Intelligent Cruise Control (ICC) dengan menetapkan had kelajuan maksima bagi lebuhraya berkenaan. Jadi min tak perlu risau tentang jarak dan kelajuan ketika memandu dengan jarak jauh. Macam tu la cara-cara nak curi-curi rehat ketika memandu.

Memandu terlalu lama juga boleh buatkan pemandu mudah terleka, hingga ada yang terkeluar daripada lorong atau laluan ketika itu. Nak mengelakkan perkara itu, min dah siap aktifkan ‘Lane Assist’ yang merupakan satu teknologi yang bantu pemandu untuk tetap berada dalam lorong yang betul. Konsep dia mudah je, dia akan mengesan garisan di jalan raya dan memberi isyarat atau mengambil tindakan untuk mengelakkan kereta keluar dari keluar daripada lorongnya tanpa disedari.
Bila dah sampai Terengganu, baru tahu yang minggu tersebut ada acara Terengganu International Bike Week 2025, jadi jalan raya pun jadi sesak. Nasib baik jugalah Proton X90 ada ciri ACC dengan Stop & Go. Fungsi utama dia untuk kawal kelajuan dan jaga jarak mengikut kenderaan di depan. Dengan sistem Stop & Go, kenderaan akan dihentikan sepenuhnya apabila kereta depan berhenti, dan seterusnya mulakan semula pemanduan bila trafik bergerak. Kiranya min tak perlu kejap tekan minyak kejap tekan brek ketika jalan tengah sesak.

Secara keseluruhannya, min sangat berpuas hati memandu Proton X90 ni sebab dia boleh bagi pengalaman memandu yang sangat menarik. Yang paling penting korang tak akan rasa penat, ataupun lenguh-lenguh badan memandu jauh.