Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tak Sengaja, Wanita Terjumpa Rahsia Bau “Softener” Kekal Pada Baju
Ramai yang suka jika dapat memakai baju yang kekal wangi seperti baru dibasuh. Bagaimanapun, keinginan ini sering kali bertemu harapan palsu apabila bau semerbak harum tadi hilang selepas beberapa jam sahaja.
Lebih geram lagi, apabila baju yang baru disidai pun sudah mula hilang bau walaupun banyak pewangi fabrik dituangkan. Ada yang siap tukar jenama sabun dan pewangi, semata-mata inginkan bau yang bertahan lama tetapi hasilnya tetap sama.
Rupa-rupanya, ada cara bagi mengekalkan bau pelembut dan pewangi fabrik pada baju tanpa perlu menggunakannya dalam jumlah yang banyak. Malah, dapat mengekalkan bau harum baju dalam tempoh yang lama. Cara ini, menurut seorang pengguna Facebook, Nur Amalina Roslee, sebenarnya ditemui secara tidak sengaja.
Seperti biasa, wanita ini menjalankan rutin hariannya menguruskan hal rumah tangga. Sudah menjadi kebiasaan baginya, baju akan dibasuh menggunakan mesin sementara dia memasak di dapur.
Namun, perkara tak disangka berlaku kali ini. Setelah baju kotor dimasukkan, mesin basuh terus dihidupkan tanpa diisi sabun basuh baju dek kesibukannya memasak.
“Sudahnya aku cuma tekan Rinse. Baju tu dibasuh tanpa sabun untuk satu pusingan,” ujarnya.
Setelah mesin basuh selesai membilas, wanita berkenaan memulakan semula mesin dengan cucian seperti biasa sebelum dikeringkan menggunakan mesin pengering baju. Apa yang mengejutkan, pakaian yang dikeluarkan daripada mesin pengering baju itu berbau semerbak harum.
“Aku perasan baju tu wangi sangat. Maksud aku, bau softener tu kuat. Dah kering, biar dalam raga tiga, empat hari pun bau masih kekal,” tambahnya lagi.
Semenjak itu, Amalina mengamalkan langkah membilas dahulu baju satu pusingan sebelum baju dibasuh dengan sabun seperti biasa.
“Baju tak hapak, bau softener pun tak hilang walaupun dah kering,” katanya puas.
Sumber: Nur Amalina Roslee
BACA: Tidur Pun Kena Ada Cara Betul, Rahsia Untuk “Natural Beauty” Wanita
BACA: Nampak Macam Baru Beli, Ini Rahsia Hilangkan Kesan Kuning Pada Bantal
BACA: Rahsia Rumah Nampak Luas: Buang Barang Ini, Hidup Minimalist