Tak Terfikir, Rupanya Ada Projek Selamatkan Makanan Harimau Malaya
Ramai tahu harimau Malaya semakin berkurangan di habitat semula jadi.
Pelbagai faktor dipertimbangkan dalam proses menyelamatkan spesies ini daripada terus pupus antaranya pemburuan haram dan kehilangan habitat.
Namun tidak semua sedar bahawa antara cabaran terbesar dalam kemandirian harimau Malaya sebenarnya termasuk kekurangan sumber makanan semula jadi di hutan. Tanpa haiwan mangsa yang mencukupi, harimau sukar untuk terus hidup dan membiak.

Korang nak tahu, sebenarnya ada agensi di Malaysia yang memandang perkara ini secara serius. Malah, langkah awal bagi menjayakan usaha ini telah dilaksanakan baru-baru ini.
Bagi memastikan rantaian makanan harimau di hutan tidak terputus, pihak ini merancang bagi membangunkan projek pembiakan haiwan mangsa spesies tersebut.
Dengar macam pelik tetapi usaha ini sebenarnya bakal memberi impak berkesan buat pemeliharaan Raja Rimba kita.

Sebagai makluman kepada pembaca, usaha ini dilaksanakan oleh Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) bersama Jabatan PERHILITAN dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
Anak Orang Utan Borneo Spesies Terancam Lahir Di Zoo Madrid
Nampak Biasa Rupanya Bahaya, Rumpai Ini Antara Tanaman Paling Invasif Di Dunia
'Biawak' Ada Paruh Burung Nuri, Macam Mustahil Tapi Haiwan Ini Pernah Wujud
Ramai Gen Z Tak Lagi Suka “Solo Travel”, Rupanya Ini Pilihan Mereka
Tarikh Lahir Korang Popular Atau “Rare”? Ini Cara Mudah Untuk Semak Sendiri
Kenapa Pembiakan Haiwan Mangsa Sangat Penting Untuk Kemandirian Harimau Malaya?
Langkah pembiakan yang dirancang sebenarnya memberi tumpuan dalam memulihkan rantaian makanan ekologi. Fokus utama usaha ini sudah tentu meningkatkan populasi haiwan mangsa yang menjadi sumber makanan penting kepada harimau Malaya.

Tanpa populasi mangsa yang mencukupi, harimau akan berdepan kesukaran untuk mendapatkan makanan. Keadaan ini boleh menjejaskan kelangsungan hidup spesies tersebut dalam habitat liar.
Berdasarkan perkongsian MPOGCF, inisiatif ini melibatkan haiwan mangsa seperti rusa sambar (Rusa unicolor), pelanduk (Tragulus javanicus) dan landak raya (Hystrix brachyura).
Ketiga-tiga spesies ini merupakan komponen penting rantai makanan harimau Malaya.

Pelepasan Semula Anak Haiwan Mangsa Ke Habitat Liar
Melalui pendekatan ini, haiwan yang berjaya membiak akan melalui proses penilaian lanjut. Penilaian ini dilakukan sebelum anak haiwan diserahkan kepada Jabatan PERHILITAN.
Kumpulan tersebut kemudiannya akan dilepaskan semula ke habitat liar.

Jangan tak tahu, kawasan pelepasan tidak dipilih secara rambang tetapi berdasarkan taburan semula jadi harimau Malaya.
Langkah ini bertujuan mengukuhkan populasi spesies mangsa dalam habitat semula jadi.

Selain itu, langkah ini juga membantu menyokong kelangsungan harimau Malaya dalam tempoh yang panjang.
Secara keseluruhan, inisiatif ini menunjukkan pendekatan konservasi yang lebih menyeluruh dengan melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan komuniti setempat.
Selamatkan Harimau Malaya kita.

