Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tarikh lahir selalunya dianggap sebagai sesuatu yang peribadi dan istimewa bagi setiap individu. Namun begitu, ramai tidak sedar bahawa ada tarikh tertentu yang sebenarnya dikongsi oleh sangat ramai orang di seluruh dunia.
Dalam jumlah populasi yang besar termasuk Malaysia, kemungkinan untuk mempunyai tarikh lahir yang sama dengan orang lain bukanlah sesuatu yang pelik, malah perkara itu lebih biasa daripada yang disangka.
Pernah tak korang terfikir, berapa ramai orang yang ada tarikh lahir sama dengan korang?
Tak payah fikir jauh, sebenarnya korang boleh semak sendiri tahap populariti tarikh lahir korang dekat Malaysia.

Sebagai pengetahuan korang, tarikh lahir yang paling popular di Malaysia ialah 31 Disember. Sejak tahun 1920 hingga 2022, seramai 184,778 orang bayi telah dilahirkan pada tarikh ini.
Manakala tarikh kedua dan ketiga paling popular di Malaysia merupakan 1 dan 2 Januari dengan masing-masing mencatatkan 147,003 dan 116,616 kelahiran.
Anehnya, tarikh keempat paling popular bukan jatuh pada 3 Januari, tetapi pada 10 Oktober dengan 115,573 kelahiran.
Tarikh yang paling sedikit kelahiran di Malaysia sudah tentu 29 Februari dengan catatan 22,585 kelahiran.
Teringin nak tahu tarikh lahir korang nombor berapa paling popular? Berikut min kongsikan panduan untuk korang.
Layari laman sesawang https://data.gov.my/ms-MY/dashboard/birthday-explorer

Isikan tarikh lahir pada ruangan yang disediakan.

Tekan butang ‘Cari Hari Lahir’.

Fakta mengenai populariti tarikh lahir korang akan terpapar di bahagian kanan.

Selain daripada tu, korang boleh juga tengok tarikh lahir paling popular dalam tahun kelahiran korang. Kalau ikut contoh yang min letak, 1996.
Korang cuma perlu tatalkan skrin ke bawah hingga korang jumpa bahagian ‘Malaysia: Jumlah bayi yang dilahirkan pada setiap tarikh dalam tahun 1996’.

Sebenarnya, dekat sini korang boleh ubah tahun tu ikut tempoh berapa tahun yang korang nak.
Kalau nak tahu data dari 1920 hingga terkini, tukar di bahagian ‘1996-1996’ menjadi 1920-2022.
Data bagi tahun 2023 hingga 2026 masih belum dimuat naik jadi korang boleh cari lagi nanti.
Selama mencuba.