Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dalam usaha mewujudkan persekitaran hidup yang lebih sejahtera, pelbagai inisiatif diperkenalkan bagi menilai keseimbangan antara pembangunan dan kesejahteraan komuniti.
Kebiasaannya, penilaian ini turut mengambil kira faktor sosial, kemudahan awam serta keharmonian masyarakat yang menjadi asas kepada kehidupan harian penduduk di sesuatu kawasan.
Menilai dengan menggunakan Indeks Kebahagiaan Malaysia (MHI), MURNInets, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengumumkan 10 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2026.
Senarai tersebut diumumkan bersempena Majlis Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 yang dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Bertemakan 'Bijak Digital, Cipta Bahagia Bersama', sambutan yang diraikan pada 20 Mac setiap tahun bagi mengiktiraf kepentingan, kesejahteraan dan kebahagiaan sebagai matlamat pembangunan global.
Menerusi ucapan perasmian, beliau memaklumkan bahawa kejayaan pembangunan tidak diukur melalui angka ekonomi atau kemajuan fizikal semata-mata.
"Sebaliknya, kita mengukur kejayaan melalui kualiti hidup rakyat iaitu merangkumi kesejahteraan, ketenangan jiwa dan kebahagiaan yang dirasai oleh setiap lapisan masyarakat," ujar beliau.
Menyimpulkan ucapan beliau, Nga menyarankan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) agar meneraju smart governance dengan menjadikan saluran digital sebagai platform yang menyatukan komuniti.
"Kerana pada akhirnya, bandar yang bahagia adalah bandar yang selamat, selesa, diyakini dan dipercayai oleh rakyat," hujah beliau.
Berikut SK kongsikan senarai 10 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2026.
Sebagai pengetahuan, susunan senarai ini mengikut susunan abjad.
Bandar Dabong, Kelantan

Bandar Kluang, Johor

Bandaraya Kuala Terengganu, Terengganu

Bandar Lipis, Pahang

Bandar Marang, Terengganu

Bandar Mersing, Johor

Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu

Bandar Ranau, Sabah

Bandar Raub, Pahang

Bandar Simpang Renggam, Johor
