NEW DELHI: Disebabkan takut dengan isteri, seorang anggota polis di Madhya Pradesh menulis surat merayu memohon cuti kepada pegawai atasannya dengan alasan yang kreatif dan unik.
Laporan mengatakan bahawa dirinya membuat permohonan cuti kerana dirinya perlu menghadiri sebuah majlis perkhawinan kakak iparnya. Sekiranya dirinya tidak mendapat kelulusan tersebut, dirinya terpaksa menerima risiko dengan berdepan amukan si isteri.
Surat yang ditulikan dalam bahasa Hindi merujuk pada tarikh 7 Disember yang lalu kepada Timbalan Ketua Polis Wilayah Bhopal mengatakan: “Isteri pemohon sudah menjelaskan jika ddirinya gagal menghadiri majlis perkahwinan itu, akan menerima akibat yang perlu ditanggungnya kelak.”
Seorang pengguna Twitter @adeshgoyal26 berkata, kasihan lelaki ini menderita di rumah dan juga di tempat kerja. Inilah yang dinamakan kehidupan.
Walau perkara tersebut membuatkan para netizen terhibur, tetapi difahamkan bahawa konstabel itu terpaksa menerima tindakan tatatertib daripada pegawai atasannya.
“Dirinya telah dipindahkan ke jabatan lain kerana tindakannya. Yang pertama, memohon cuti dengan cara yang tidak sesuai dan membiarkannya ia tersebar di media sosial,” kata Ketua Pengarah Polis Bantuan Wilayah Bhopal.
Sumber: Gulf News