Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Takut Keluar Malam, Penduduk Resah Dakwa Kerap Jumpa Pocong Di Tepi Jalan

Athirah
Kredit: Istimewa

Takut Keluar Malam, Penduduk Resah Dakwa Kerap Jumpa Pocong Di Tepi Jalan

Penduduk sebuah kampung di Majalengka, Jawa Barat menjadi resah selepas beberapa insiden penampakan sosok menyeramkan yang dipercayai sebagai pocong didakwa kerap berlaku, lapor portal Times Indonesia.

Difahamkan, kejadian itu sekaligus menyebabkan ramai yang ketakutan untuk keluar pada waktu malam.

Kisah mengenai makhluk misteri itu bermula apabila seorang petugas kesihatan dikatakan bertembung dengan sosok tersebut ketika sedang memberikan rawatan kepada penduduk yang sakit di Kampung Babakan Kareo.

Semasa melintasi lereng menuju ke kampung itu, petugas kesihatan memaklumkan bahawa dia dikejutkan oleh satu susuk berwarna putih seperti pocong yang berdiri diam di tepi jalan.

Difahamkan, petugas kesihatan itu dikatakan menunggu rakannya menjemput di lokasi kejadian kerana berasa sangat takut.

Ketua Kampung Babakan Kareo, Nanang Suryana mengesahkan bahawa cerita itu telah tersebar.

Tambahnya, beberapa peniaga tempatan juga telah melaporkan kejadian seumpama itu, biasanya berlaku ketika mereka dalam perjalanan ke pasar pada awal pagi.

“Mereka melihat susuk putih itu di tempat yang sama. Cerita itu berulang, biasanya antara pukul 10 malam hingga 3 pagi (waktu tempatan),” katanya.

Fenomena itu lebih membimbangkan kerana ramai penduduk terpaksa melintas laluan tersebut pada waktu malam.

Ada yang mempercayai penampakan itu benar-benar berlaku, manakala ada juga yang menganggapnya hanya khabar angin.

BACA: FIFA Kekalkan Hukuman Terhadap FAM, Tujuh Pemain
BACA: FAM Terima Keputusan FIFA, Teliti Tindakan Susulan – Pemangku Presiden

Sumber: Times Indonesia