Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
enam lurang kumbahan dibuka
Gambar: BERNAMA

Tanah Jerlus: Enam Lurang Kumbahan Dibuka Luaskan Kawasan Pencarian Mangsa

Azizah Najib

Tanah Jerlus: Enam Lurang Kumbahan Dibuka Luaskan Kawasan Pencarian Mangsa

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) — Enam lurang kumbahan sekitar lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden tanah jerlus di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India di sini dibuka secara berperingkat bagi meluaskan kawasan pencarian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata keputusan membuka lurang kumbahan itu dengan bantuan Indah Water Konsortium (IWK), diambil hasil perbincangan bersama agensi berkaitan pada 10.30 pagi tadi.

“Dalam usaha mencari mangsa, kita sedang dan akan membuka lurang secara berperingkat di enam lokasi iaitu di Wisma Yakin kemudiannya di Jalan Melayu diikuti persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka seterusnya Bank Pertanian Lebuh Pasar Besar dan Bulatan Kinabalu.

BACA: Petanda Awal “Sinkhole”, Ini Yang Perlu Anda Perhatikan

“Pada lebih kurang 10.30 pagi tadi, lurang pertama telah dibuka dan kita hantar seorang anggota unit skuba bomba untuk masuk ke bawah, namun tiada sebarang petunjuk diperoleh dan kini pencarian diteruskan di lurang kedua dan semoga ada petunjuk untuk tindakan selanjutnya sehingga mangsa ditemukan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata operasi di lurang kumbahan ini dijalankan secara berperingkat, kerana mengambil kira risiko nyawa anggota penyelamat.

Ditanya berhubung penggunaan dron, beliau berkata segala kepakaran teknologi yang ada akan dipertimbangkan untuk digunakan jika ada keperluan.

“Hal yang sama juga terpakai kepada unit anjing pengesan K9 dari agensi berkaitan antaranya Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, jika ada keperluan kita akan guna,” katanya.

BACA: Tanah Jerlus: Operasi SAR Ditangguh, Hanya Selipar Mangsa Ditemukan

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Kuala Lumpur M Fatta M Amin berkata lurang kumbahan itu, merupakan saluran pembentungan domestik dan setakat pagi ini penggunaan air agak kurang.

“Keadaan air sekarang di laluan kumbahan domestik ini berada di paras tiga kaki namun alirannya masih laju, jadi di bawah pembentung hanya satu pegawai sahaja boleh masuk atas faktor gas beracun yang memenuhi lurang dengan memakai pakaian perlindungan diri,” katanya.

Semalam, media melaporkan seorang pelancong dari India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, terjerlus ke dalam lubang sedalam lapan meter pada kejadian 8.22 pagi.

Sumber: BERNAMA