Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Tanah Jerlus
Kredit: Bernama

Tanah Jerlus: Insiden Berlaku Akibat Antropogenik, Cuaca Dan Hakisan Lapisan Tanah Tambak – NRES

Athirah

Tanah Jerlus: Insiden Berlaku Akibat Antropogenik, Cuaca Dan Hakisan Lapisan Tanah Tambak – NRES

PUTRAJAYA, 7 Sept (Bernama) — Siasatan pelbagai agensi terhadap kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur mendapati insiden berlaku akibat antropogenik (aktiviti manusia), cuaca dan hakisan lapisan tanah tambak bawah permukaan kawasan terlibat.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memaklumkan satu laporan teknikal hasil siasatan berkaitan geologi dan struktur bawah permukaan akan disediakan oleh kumpulan Task Force Struktur Tanah Masjid India yang diterajui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam masa tiga bulan.

“NRES melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah membantu dalam siasatan bawah permukaan kawasan kejadian tanah jerlus di kawasan Jalan Masjid India yang melibatkan seorang wanita warganegara India.

“Siasatan JMG telah menggunakan peralatan Ground Penetration Radar (GPR) bagi mendapatkan gambaran strata geologi dan sistem utiliti bawah permukaan kawasan kejadian bagi tujuan proses pemulihan menyeluruh oleh pihak bertanggungjawab,” menurut kenyataan itu, yang turut menyatakan bahawa Kuala Lumpur adalah selamat untuk dihuni.

Bagi perancangan masa panjang, NRES memberitahu pemantapan terhadap aspek pemantauan, penyelenggaraan, prosedur dan kaedah penyiasatan bawah permukaan meliputi struktur binaan bawah tanah, dapat mengenal pasti dan mengelak sebarang ancaman tanah jerlus dan lubang benam yang mungkin berlaku.

BACA: Tanah Jerlus: Keluarga Mangsa Buat Upacara Agama Sebelum Pulang Ke India

NRES berkata JMG sedang menambah baik data bawah permukaan kawasan Lembah Klang yang meliputi 10 pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui Projek Pemetaan Geologi Sub-Permukaan Greater KL bagi melengkapkan maklumat sedia ada mengenai keadaan bawah permukaan Kuala Lumpur yang telah dijalankan di bawah projek 3DKL.

“Dari segi geologi, batuan dasar di Kuala Lumpur didasari sejumlah anggaran 30 peratus batu kapur dan 70 peratus terdiri daripada batuan granit serta batuan metasedimen iaitu Formasi Kenny Hill, Syis Hawthornden dan Syis Dinding.

“Manakala kawasan tanah jerlus adalah didasari batuan syis, filit dan kuarzit Formasi Kenny Hill,” menurut NRES.

Pada 23 Ogos lepas, seorang wanita dikenali sebagai G.Vijaya Lakshmi berasal dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita berkenaan dihentikan pada 31 Ogos lepas setelah mengambil kira faktor keselamatan pasukan operasi SAR.

BACA: Dikurnia Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota, Hamidin Kini Bergelar Tan Sri

Sumber: Bernama