Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan bahawa syarikat tersebut hanya diberikan lesen untuk membangunkan kebun organik dan bukannya lesen untuk melakukan aktiviti rekreasi seperti perkhemahan.
Menurut beliau, ini adalah satu kesalahan di bawah Akta 113 dan jika disabitkan kesalahan, pemilik syarikat tersebut boleh dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda sebanyak RM50,000.
“Syarikat itu hanya ada kebenaran merancang bangunkan kebun organik dan tiada permohonan dibuat untuk aktiviti perkhemahan,” katanya dalam kepada wartawan di lokasi kejadian hari ini.
Selain itu, Nga Kor Ming turut mengeluarkan arahan penutupan tapak perkhemahan selama tujuh hari yang berkuatkuasa di seluruh negara.

“Arahan telah dikeluarkan pagi tadi kepada 155 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menutup seluruh tapak perkhemahan selama tujuh hari berkuat-kuasa serta merta.”
Justeru, beliau tidak mahu lagi melihat kejadian sebegini berlaku lagi di mana-mana tempat rekreasi seperti tapak perkhemahan di air terjun, lereng bukit dan kawasan berisko.
Bukan itu sahaja, kawasan-kawasan tersebut akan dikosongkan sehingga Kerajaan berikan arahan baharu, ujarnya.
Dalam pada itu, Kor Ming memberitahu pihak media bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat prihatin terhadap tragedi ngeri tersebut dan akan tiba ke lokasi selepas pukul 8.00 malam ini.
Sumber: Astro Awani