Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Tarif AS Melonjak
Gambar: BERNAMA

Tarif AS Melonjak, Malaysia Tak Tunggu Lama: Ini 6 Pelan ‘Escape’ Negara

Adib Mohd

Tarif AS Melonjak, Malaysia Tak Tunggu Lama: Ini 6 Pelan ‘Escape’ Negara

Ketika masyarakat dunia menyaksikan ketegangan perdagangan yang semakin meruncing, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan tarif baharu terhadap kesemua produk luar yang diimport ke AS, termasuk produk Malaysia.

Langkah drastik ini dikatakan sebagai tindak balas kepada apa yang didakwa sebagai “halangan perdagangan tidak adil” oleh lebih 60 negara, termasuk Malaysia.

Di sebalik tekanan ini, tular pula kenyataan oleh pengulas konservatif terkenal AS, Bill O’Reilly yang mempersoalkan kepentingan Malaysia sebagai rakan dagang dan mencemuh kemampuan ekonomi negara ini.

Gambar: BERNAMA
Gambar: BERNAMA

Namun demikian, kerajaan Malaysia tidak hanya berdiam diri. Bagi mendepani tarif AS yang terbaharu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim segera mengumumkan satu pelan tindakan ekonomi bagi mengukuhkan kedudukan ekonomi negara dalam jangka masa panjang.

Enam Pelan ‘Escape’ Malaysia Hadapi Tarif AS

Dalam sidang Parlimen baru-baru ini, Perdana Menteri membentangkan enam langkah utama dalam strategi “escape” Malaysia mendepani ancaman tarif diperkenalkan Amerika Syarikat.

1. Memantau Petunjuk Utama Ekonomi

Tarif AS malaysia
Gambar hiasan. (Kredit: Bernama)

Kerajaan kini lebih giat memantau rapat petunjuk ekonomi seperti tempahan pembuatan, eksport, jualan runcit, pemberhentian pekerja dan pertumbuhan pinjaman bagi mengesan sektor yang terjejas susulan kenaikan tarif AS.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Aziz, prestasi eksport Malaysia lebih banyak dipengaruhi oleh keadaan ekonomi global berbanding turun naik mata wang.

“Apa yang akan lebih menyokong eksport sebenarnya ialah pertumbuhan ekonomi global dan pertumbuhan perdagangan global… lebih daripada turun naik mata wang,” katanya.

Sebagai langkah kawalan, hanya Kementerian Perdagangan Malaysia akan mengeluarkan sijil asal bagi eksport ke AS untuk mengelakkan transshipment haram, selain memperketat audit dan siasatan ke atas pengeksport.

*transshipment haram: tindakan memindahkan sesuatu barang ke negara lain melalui negara ketiga bagi mengelak cuka/tarif import

2. Usaha Rundingan Berterusan

Tarif AS malaysia
Gambar: Tengku Zafrul

Malaysia telah memulakan rundingan rasmi dengan AS bagi membincangkan isu tarif balas melalui Tengku Zafrul di Washington baru-baru ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa tarif setinggi 24 peratus berpotensi dikurangkan melalui rundingan semula, namun persetujuan belum dimuktamadkan.

“Mana-mana perjanjian sebelum dimuktamadkan itu mesti jaga kerahsiaan tetapi tentunya sebaik dimeterai kita akan memaklumkan kepada Jemaah Menteri, dan seterusnya kepada Parlimen,” jelas Anwar.

3. Membantu Pengeksport Terjejas (PKS)

Kerajaan telah memperuntukkan RM1 bilion melalui Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dan RM500 juta lagi melalui Institusi Pembangunan Kewangan (DFI) bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas.

Bantuan bersasar ini bertujuan untuk menjamin kestabilan ekonomi serta menjaga kepentingan negara bagi jangka masa pendek dan sederhana.

“Kerajaan terus memantau perkembangan semasa dan bersedia menyediakan bantuan bersasar kepada PKS,” jelas Perdana Menteri.

Gambar hiasan. (Kredit: BERNAMA)

4. Menggalakkan Kerjasama Serantau dan Pasaran Baharu

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia dilihat berperanan memperkukuh kerjasama serantau dan meneroka pasaran baharu.

Penganalisis ekonomi, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid dari UniKL Business School berkata Malaysia boleh menggunakan pelabur-pelabur sedia ada dari AS di Malaysia sebagai pemberat dalam rundingan.

“Saya fikir dengan menggunakan pelabur-pelabur ini sebagai pemberat (dalam rundingan mengenai tarif) tentunya akan ada keuntungan kepada negara.

“Kita boleh nyatakan bahawa Malaysia sedang menjaga kepentingan ekonomi bersama; Malaysia dan AS. Tentulah terlalu jauh untuk dibandingkan antara ekonomi Malaysia dan AS, tetapi kesalingbergantungan antara dua negara sangat akrab,” katanya.

Tarif AS malaysia
Gambar: Bernama

5. Mempercepat Pelaksanaan Projek Pembangunan dan Kelulusan Kerajaan

Susulan kenaikan tarif AS, kerajaan Malaysia turut berusaha mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan serta proses kelulusan pelaburan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kelulusan projek pembangunan yang akan membuka kepada pasaran baharu dipercepatkan, sebagai usaha mengadaptasi perkembangan situasi global kini.

“Saya mengulangi keperluan meningkatkan sinergi kerjasama dan perbincangan di antara kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan juga di antara negeri dalam usaha negara memperkukuh daya tahan domestik dalam ketidaktentuan ekonomi dunia.”

6. Meneruskan Agenda Pembaharuan Ekonomi MADANI

Kerajaan MADANI komited meneruskan pembaharuan ekonomi untuk memastikan ketahanan dan daya saing Malaysia.

Sebagai contoh, pada November 2024, Perdana Menteri telah mengadakan lawatan rasmi ke Korea Selatan untuk memeterai MoU strategik dalam bidang perdagangan.

Tarif AS malaysia
Gambar: BERNAMA

Malahan, Kerajaan juga terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing demi kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

Menurut laporan Bank Negara Malaysia, ekonomi negara mencatatkan pertumbuhan 5.1% sepanjang tahun 2024, meningkat daripada 3.6% pada 2023 — bukti keberkesanan dasar kerajaan.

Tarif AS Melonjak, Malaysia Pilih Bergerak Ke Hadapan

Ketika banyak pihak masih memerhati dan menilai situasi global, Malaysia telah memilih untuk bergerak ke hadapan. Bukan dengan panik, tetapi dengan strategi. Enam pelan diumumkan ini bukan semata-mata reaksi terhadap tarif AS, sebaliknya pelan tindakan menyeluruh demi ekonomi negara yang lebih mapan.

Boleh dikatakan, langkah-langkah strategik diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam menghadapi cabaran tarif AS.

Dari rundingan antarabangsa, sokongan kepada PKS, sehinggalah pembaharuan struktur ekonomi, Malaysia bersedia untuk terus mara bagi membina ekonomi.