Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Tarik Minat Golongan Muda, Muzium Ini Jual Kopi Lipas RM26 Secawan
Sebuah muzium di Beijing telah memperkenalkan minuman kopi yang ‘unik’ apabila serbuk lipas ditaburkan di atas permukaan minuman tersebut, lapor portal South China Morning Post.
Difahamkan, kopi lipas ini dijual di kedai kopi sebuah muzium serangga di ibu kota China pada harga 45 yuan (kira-kira RM26) bagi setiap cawan, namun nama muzium tersebut tidak didedahkan.
Selain daripada serbuk serangga, minuman berkafein ini turut dicampur dengan cacing kuning kering. Bagi pelanggan yang sudah mencuba, mereka menyifatkan rasanya sebagai “hangus dan sedikit masam”.
“Kami melancarkan kopi ini pada akhir Jun lalu, dan ia menjadi tular di Internet baru-baru ini
“Sebagai muzium bertemakan serangga, ia merupakan idea yang baik untuk menyediakan minuman yang sepadan,” kata seorang pekerja muzium kepada wartawan tempatan.
SCMP melaporkan siri minuman baharu mereka turut menampilkan minuman istimewa yang menggunakan jus pencernaan tumbuhan pitcher, serta minuman edisi terhad yang diperbuat daripada semut.
Pekerja muzium berkata, minuman berasaskan semut hanya dijual pada musim Halloween, malah semua bahan diperoleh daripada kedai herba perubatan tradisional Cina yang membolehkan pelanggan yakin mengenai keselamatan minuman tersebut.
Menurut teori daripada kedai herba perubatan tradisional Cina, serbuk lipas boleh digunakan sebagai ubat untuk melancarkan peredaran darah.
Sementara itu, pegawai perubatan pula berpendapat bahawa cacing kuning yang kaya dengan protein boleh membantu meningkatkan sistem imun seseorang.
Tambah pekerja itu, kopi berasaskan tumbuhan pitcher rasanya seperti kopi biasa, manakala minuman daripada semut pula berasa masam.
“Kopi lipas kebanyakannya diminum oleh golongan muda yang ingin mencuba sesuatu yang unik. Ibu bapa yang membawa anak-anak tidak menyukainya kerana tidak gemar lipas,” jelasnya.
Menurut South China Morning Post, kedai berkenaan menjual lebih 10 cawan kopi lipas setiap hari.
Sumber: South China Morning Post